Friday, August 6, 2010

Blog Ini Akan Bertukar Nama

"Menjunjung titah perintah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong, setelah diperkenankan oleh Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja," maka diisytiharkan, tarikh penukaran URL blog ini daripada http://encikdark.blogspot.com/ kepada http://fasleigh.blogspot.com/ jatuh pada hari Selasa, 10 Ogos 2010 bersamaan 1 Ramadhan 1431 Hijrah. Penentuan tarikh ini adalah berdasarkan perkiraan rukyah dan hisab.
[ Ayat pemula di atas dipinjam dan disedapkan dari perutusan Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja bagi tujuan yang santai dan adalah tidak benar sama sekali. Harap jangan saman segala.]

Tersinggah Omega Club, Taman Bukit Jalil

Semalam aku tertidor awal. Pukul 4.00 petang. Boleh? Haha. Yer lah. Semalam kan ada Exam. Sepatutnya aku boleh bercuti sehari. Tetapi aku balik ofis jugak. Menjelang jam 3.00 petang aku dah mohon undur diri lalu aku balik.

Aku terjaga jam 8.00 malam. Hah. 4 jam tidur. Bila baca SMS, ada la mesej dari si DJ Adam mintak kawan-kawan support la dia sikit. Hari ini first time dia spin kat Omega Club, Bukit Jalil. Maner tuh?

Aku pun pergi la Ampang seperti mana yang telah aku janjikan dengan Mae. Dalam jam 10.30 aku balik ke Putrajaya dan aku pun berniat nak singgah Omega Club tu. Cari punya cari punya cari punya cari cari punya cari punya cari punya cari cari punya cari punya cari punya cari cari punya cari punya cari punya cari (menunjukkan seksanya mencari), sampai la aku ke situ.

Aku pun disambut oleh DJ Adam dan aku pun melayan wi-fi club tu yang sangat laju sambil menghoder Teh Pulau Panjang berharga RM26. "Abang, yang ni, beli satu dapat lagi satu tau, OK tak?" maklum si waiter tu kat aku. "Okei la tu, apa tak okei pulak!" jawab aku.

Sambil duduk-duduk minum dan makan fries yang belambak berharga RM12.80, aku pun tak sedar jam dah pukul 1.00 pagi. Lalu aku pun berundur pulang membelah MEX dengan kelajuan 140 km/j.



Tuesday, August 3, 2010

Jakarta Pulak.. Mac 2011

Gatal-gatal, aku belek penerbangan Air Asia punya website. Terjumpa pulak tambang ke Jakarta pergi balik RM113. Apa lagi. Beli lar.

Terbang Pergi
Khamis, 24 Mac 2011 , 6.50 petang

Terbang balik
Ahad, 27 Mac 2011, 2.50 petang

Oleh sebab aku kerja kat Putrajaya je, aku yakin banget yang pada hari khamis tu aku boleh mintak boss aku izin untuk pulang jam 4.00 petang demi penerbangan jam 6.50 petang.

Jadi, dapatlah aku ke Jakarta dengan cuti tahun sekadar ambik sehari sahaja. Yakni hari Jumaat. Tu lah padahnya kalau kita rajin melawat web Air Asia. Dah tentu ada jer destinasi yang nak dibeli.

Monday, August 2, 2010

Semalam Di Maison











Makan Durian Di Tanjung Rambutan


Durian kenit. Semakin kecil durian itu, semakin pekat kemanisan, bau, gas dan getahnya. Mari kita jalan-jalan makan durian ke Tanjung Rambutan.


Kali ini, kita melawat kebun durian Pak Ngah di Kg. Bakar Bata, Tanjung Rambutan.

Daripada 25 pokok yang menghasilkan 5,000 biji durian, seorang benggali memajak pokok-pokok tersebut dengan harga RM2,500 semusim kepada Pak Ngah. Bayangkan durian yang diorang jual tepi jalan yang 1000% lebih tinggi harganya dari pintu kebun.

Pak Ngah cuba 'membunuh' kami dengan durian demi durian yang dikupasnya. Haha.

Ini durian yang baru gugur masa aku lepak kat sini. Isinya, walaneh!

Ini orang panggil pangsa kucing tidor. Isinya besar penumbuk, bijinya besar syiling 20 sen.

Yang ini jenis pangsapuri seri nilam. Haha. Tah jenis apa. Main tibai je.

Sedap kalau makan kat kebun sebab tak payah nak pikir buang kulit durian kat mana.

Model durian hari ini, Nas.

Macam terrer je boleh tangkap gambar durian gugur. Padahal...

Kamera murah pun boleh kasi gambar cantik maa..

Sebiji durian yang baru luruh sedang posing untuk masuk blog.

Awas, nyamuk hutan besar giler bapak.