Wednesday, January 26, 2011

Alien Indonesia Bakal Ditangkap Pak Polisi


Niat hati nak menggemparkan negara. Kononnya ada kegiatan makhluk asing yang membuat 'crop circle' di Sleman, Jawa Tengah. Akhirnya pihak berkuasa mengenalpasti itu adalah hasil kerja tangan manusia.

Akibatnya, polis memburu pelaku yang merosakkan bendang petani yang menjadi mangsa 'seni matematik' yang menggemparkan itu.

Puncanya ialah, di atas bendang yang menjadi mangsa 'alien' itu terdapat kabel elektrik tegangan tinggi yang tak memungkinkan berlaku perbuatan UFO yang mempengaruhi medan magnet bumi.

Juga ditemui lubang di titik tengah yang digunakan untuk menegakkan pancang yang digunakan untuk mengikat tali yang menjadi jejari kepada kerja membina bulatan.

Hahaha. Kasihan. Sesetengah pembaca memberi komen bahawa, perbuatan itu lebih bagus dijadikan hiburan daripada menumpukan perhatian ke atas kes Gayus Tambunan yang berjaya bercuti ke luar negara ketika dalam penjara dan akhirya hanya dihukum penjara 7 tahun.

Rabu, 26/01/2011 07:36 WIB
Polisi Akan Jerat Pembuat Circle Crop Dengan Pasal Perusakan
Ramadhian Fadillah - detikNews

Jakarta - Lembaga Penerbangan dan Antariksa Nasional (Lapan) telah memastikan circle crop di Desa Berbah, Sleman, adalah buatan manusia. Pihak kepolisian pun akan mencari pelaku pembuat circle crop ini dan menjeratnya dengan pasal perusakan karena pelaku merusak lahan milik warga.

"Pelaku akan dikenai pasal perusakan," ujar Kapolsek Berbah AKP I Made Muliawan saat dihubungi detikcom, Rabu (26/1/2011).

Made menjelaskan pihaknya masih terus menyelidiki kasus ini. Untuk sementara, polisi masih mencari siapa pelakunya.

"Kasus ini dalam penyelidikan. Kita masih mencari siapa pelakunya," terang perwira pertama polisi ini.

Made pun menambahkan belum ada pihak-pihak yang dicurigai terkait kasus ini. "Untuk sementara belum ada, kita akan berusaha terus cari pelakunya," tambah Made.

Monday, January 24, 2011

Sejarah Melayu Ipoh Bhg. 1

Melayu Ipoh merupakan segmen unik komuniti Melayu di Malaysia. Mereka hidup dalam bandar yang didominasi Cina di bandaraya berpenduduk 600,000 dan juga merupakan pusat pentadbiran Negeri Melayu Perak (Malay State of Perak).

Pada tahun 1528, Sultan Mahmud Shah, pewaris kesultanan Melaka yang mendirikan kerajaannya di Kampar, Sumatera telah dijemput oleh Tun Saban, anak Tun Perak, Bendahara Melaka yang telah terlebih dahulu mengembara menyusur Sungai Perak bersama pengikutnya. Sepanjang pengembaraannya, dia mendapati Perak telah dihuni ramai orang terutamanya orang asli dan perantau Sumatera yang singgah mendulang bijih tetapi tidak mempunyai kerajaan.

Tetapi sejarah pengembaraan seorang nakhoda dari Sumatera yang dipercayai bersalasilah dengan Tun Saban menyusur sebuah sungai yang belum pernah diteroka, kira-kira 100 tahun kemudianlah yang menjadi titik tolak pembukaan Kinta.

Menurut Riwayat Kinta yang ditulis A. Talib, 1959, seorang pengemudi sungai dari Sumatera yang menyusur sungai Perak dan masuk ke sebatang sungai besar yang bercantum dengan Sungai Perak bersama pengikutnya lalu mengalami sesuatu yang aneh di kawasan batukapur di Gunung Cheroh. (Gunung Cheroh dan kuala sungai tersebut hari ini selepas diubahsuai berjarak 100 km)

Dia dan pengikutnya mendengar alunan irama bergenta seperti loceng lalu mereka berhenti. Tiba-tiba seekor cicak kubing melompat ke air untuk menyeberang. Setiap kali cicak tersebut berhenti, irama bergenta itu hilang.

Nakhoda itu seraya berkata " maka dengarlah itu sungai ini dinamakan genta, dek kerana alunan itu." lalu cicak kubing itu hilang bersama alunan bergenta itu.

Malam itu, si nakhoda bermimpi kononnya jin penunggu Gunung Cheroh bernama Genta memberi restu penggunaan nama itu dan memberi gelaran kepada si nakhoda Panglima Genta dan mewariskan gelaran itu kepada anak cucu nakhoda tersebut.
Mengikut adat tradisi, anak Panglima Genta perlu berkahwin dengan anak gadis suku Temiar bagi membolehkan suku tersebut menggelarnya "kepala" atau Kulup yang juga merangkap pelindung mereka dengan darah Temiar mengalir dalam badan keturunannya.

Maka orang asli Temiar memanggil beliau Kulup Genta atau dengan kata lainnya Kulup Kinta.

Pengembaraan itu dikatakan berlaku antara 1650 hingga 1680. Pengaruh penulisan jawi membuatkan Genta hari ini disebut Kinta dan ia dibantu oleh adaptasi Eropah atas nama tersebut sejak 200 tahun lalu.

Anda merasakan ini satu dongeng? Sehingga kini, tiada pembangunan di kawasan ini kecuali jajaran rel keretapi menuju Tasek yang dibina British 110 tahun lalu.

Kawasan rekreasi Gunung Lang baru sahaja dibuka sedekad lalu walaupun ia merupakan kolam air gunung batukapur semulajadi berusia jutaan tahun.

Kawasan ini digeruni orang Melayu Ipoh sekitar Kampung Tembok, Gunung Mahsurat dan Kampung Kepayang kerana didakwa sebagai perkampungan jin.

Dan di kaki gunung Cheroh, berdiri sebuah kuil Hindu penyembah dewa Murugan yang mengadakan majlis Thaipusam terbesar setiap tahun di Ipoh.

Bersambung...