Tuesday, March 9, 2010

Krabi 10 : Semalam Di Phi Phi Island

Sesampainya aku di Snow With, aku terus membuat muka penat menghadap tuan punya resort yang juga merangkap kaunter cashier sebuah restoran kecik. Walaupun kecik, aku dengar yang sepinggan nasik dibayar mat salleh belakang aku tu 150 baht. Well. Aku musti gi makan tempat lain sebab ada patung buddha kat kaunter tu.

"Haah. You.." kata tuan punya muka macam Jackie Chan campur Bruce Lee. " Ya.. Me..". Dia menunjukkan body language seolah-olah terdetik di jiwanya sebuah ayat yang berbunyi begini :"mintak-mintak orang yang datang 6 jam selepas membayar ini tak datang. boleh aku jual bilik tu." " Toliet? Any?" aku tanya dia sebab rasa nak kencing tu ditahan sejak dari Ko Phi Phi Leh. Ko bayangkan.

Dia memanggil seorang pekerja yang seperti sakai berambut panjang tanpa berbaju, tanpa selipar membawa aku ke tempat penginapan. Awasi lutut anda. Pendakian merosakkan urat kentut. LOL. Tapi aku dengar dan nampak di dalam dangau-dangau sewa beraircond tu semuanya omputeh. Tapi murah jugak yer. 700 Baht je. High Season yer. Nanti!

"This. This." sambil tunjuk dua pondok terakhir yang lebih ringkas dan dinding selapis 'lut sinar-sinar'. Pondok lantai, tiang dan dinding buluh itu beratap rumbia dan berdinding rumbia di tingkat tanah belakangnya yang kedapatan tandas. Sebuah kipas duduk, kelambu dan dua tilam , tuala, sabun, bantal dan seketul point elektrik untuk kipas, turut menjadi accomodation dangau tunggu durian ini ialah lantai tikar getah. Aku pun mandi.

Kemudian aku cas telefon, sorok bawah tilam dan keluar cari makanan. Hah. 1 km lagi ke permatang Tongsai yang merupakan kebun kelapa keriangan.

Aku yang ketagihan online terus ke CC yang berkadar 2 baht seminit harga seragam sepulau. Selepas update Facebook, sembang ngan Ah Thong yang kebetulan online, check emel kerja aku sebab aku ada mintak Ham ngan Syabab bagi quotation, aku off. 24 minit. 48 baht. Boleh lah. Aku cari dobi. Semua laundri kat sini flat rate 60 Baht sekilo. OK la tu. Air memang terhad kat pulau ni.

"I want wash." aku ujar kat pompuan Siam umur 30an yang dok kat ceruk kedai-kedai tu buat kerja mencuci kain baju. " Tomorrow same time come". katanya. "No. Tomorrow 10.30 I go. Sorry..Sorry.. Sorry.." punya la banyak aku Sorry kat dia sebab dia dah ambik barang-barang mashem aku tu masuk plastik. "OK. OK.OK" jawabnya yang pelik dengan raut apologetik aku.

Aku ke pantai kiri, show main api tepi laut. Pergi pantai kanan pun sama. Tiba-tiba di kawasan jual ikan, ais, buah dan sayur,kedai miskin kayu inci atap zink, terdapat warung eww yang dipenuhi omputeh dan jepun yang bukan backpackers, yang tua-tua kerepot pensioners la, sedang menjamu selera. Ada tiga. Dua Buddha dan satu Muslim.

Aku pun makan nasi putih dengan tangan. Lauknya udang tempura, ayam bakar cucuk, kuah cabai manis cicah udang.Air mineral yang cukup buat minum dan basuh tangan. Kembang jugak tekak. 90 Baht.

Aku dihiburkan dengan anak-anak peniaga di kawasan 'pasar' tu. Kawasan 'pasar' didominasi peniaga Melayu Siam yang tak boleh cakap Melayu lagi.Aku tengok risalah Raggae Bar yang aku dapat masa kat simpang masuk 'pekan' Phi Phi. Ada acara minum mabuk disko siap boleh try Muay Thai. Memang ada gelanggang dalam tu. Tapi.. Ah. Aku letih sangat. Aku pun takut nak jalan lalu kawasan Snow With naik bukit takde lampu jalan. Banyak penduduk setempat dalam gelap. Buat benda jahat ler tu.

Sampai pondok, aku lepak beranda bukak baju mengipas peluh. Nampaknya pondok sebelah yang aku ingatkan kosong tadi, dah ada orang dalam tu. Aku nak kena tidur. Aku pun tak tahan daulat nyamuk kawasan tu. Sebab tu la ada kelambu. Kadang-kadang aku ni ngok jugak. Terus aku pasang kelambu dan bukak lampu. Bunyi haiwan pelik-pelik bergema dari hutan bukit belakang aku. Nasib baik aku tak terfikir tentang 2000 orang hilang masa tsunami kat 'pekan' Phi-Phi tu. Entah-entah semuanya dok dalam hutan tu. Huahh.

Aku pun pasang mp3 kat telefon. Earphone takde.Lagu Dewa zaman Once ngan Ahmad Dhani mula mengalun. Best ni. Aku memberanikan diri memadamkan lampu putih yang menerangi. Sinar cahaya lampu mentol kuning di luar yang aku nyalakan menerpa masuk. Aku terlena lepas 3 lagu.

Selepas agak nyenyak, tiba-tiba bulu roma aku meremang. Aku terjaga. Kedengaran tapak kaki sedang berjalan mengelilingi pondok aku. Darah aku berderau. Kalau aku ada sakit jantung, tentu aku akan dikebumikan di sana seperti selipar aku di Phi Phi Leh.

"Could you please hear that from your earphone or something" kedengaran suara wanita Inggeris muda menegur dengan nada hampir menjerit dari luar. Alamak. Lagu yang termain telah memasuki loops orang puteh. Maknanya lagu Dewa 10 buah dah habis. Aku dengan pantas menutup mp3. "Sorry.. Sorry.. Okay.." aku jawab. "Goodboy.. Good of you.." jawabnya sambil bunyi dia menapak balik ke penginapannya. Oh. Jiran sebelah. Yang sama menyewa unit ekonomi ni. Nasib baik dia tak goyang pondok ni. Mau runtuh.

Tapi kan, ketakutan aku kat bunyi hutan yang tak pernah berhenti tu dah hilang. Yang ada hanya kepuas hatian aku bila dia terpaksa menghadap bunyi disko dari pekan'Phi-Phi" yang aku rasa lagi kuat. Hahaha. Padan muka. Layan la lagu Right Now, Bad Romance semua.. dengan bunyi sorak manusia pun ada. Aku kembaloi lena dengan alunan muzik diskjo dari kejauhan.

Heran jugak yer kenapa dia tak tegur masa lagu Dewa yang mendayu-dayu tu. Haha. Mesti dia ingat ritual pekejadah. Yer. Ritual mententeramkan ketakutan pada bunyi hutan diwaktu malam.

No comments:

Post a Comment