Tuesday, June 8, 2010

Sakit Hati Bertambah Lagi..

Mendapat la aku amuk kat BPH JPM tadi. Amuk lite-lite je la. Sebabnya gini, si Faizol ajak aku gi tengok rumah Presint 5. OK. Fine. Aku bawak. Lepas tengok, dia teruja. OK. Fine. Dia mintak aku teman dia pergi BPH JPM kat Parcel B. OK. Fine.

Sampai sana, aku pun tunjuk la kat dia kaunter BPH JPM tu. Dia pun check la. Tiu nia seng. Dia dapat Presint 15. Apartment idaman aku. Nampaknya akar yang di cari, rotan yang ditemui. Cilaka. Adeh, sakit jantung.

Dia telefon kawan baik dia, si Aiman. Kawan aku gak la. Mintak check. Kaanina. Aiman pun dapat Presint 15. Adeh. Double up sakit jantung.

Aiman macam tak berminat. Ramai yang suruh aku tukar dengan Aiman. Dengan erti kata lain, tinggalkan rumah Presint 5. Aku terpegun dengan cadangan tu. Kalau kebaikan yang ada pada aku sampai tak mampu untuk aku halau orang yang aku tak suka, cara terbaik, biar aku blah dan rumah tu dipulangkan semula kepada BPH JPM.

Tapi, aku dah tak kuasa nak berpindah randah macam puak nomad. Cuma sakit hati aku dah bertambah-tambah kebelakangan ni. Cobaan.

No comments:

Post a Comment