Tuesday, June 8, 2010

Facebooknya Hilang Atau Aku Dibutakan?

Aku kena warning. Ya, disebabkan sifat kebudak-budakan aku yang mengungkap rasa rindu dan sayang yang tak tertanggung di Facebook dia, akibat terputus hubungan telefon, aku mendapat malu. Aku dinasihat supaya jangan over di Facebook dia.

Sebelum aku off semalam, aku hantar mesej yang jelas dan padat. Kalau kat Facebook dia yang selama ni dia sendiri memanggil-manggil aku dengan ucapan abang lion baby lion dia (aku tak tau la berapa banyak singa dia ada, hal ghaib bukan urusan aku), aku pulak ditegah jangan 'over' di Facebook dia tu.

'Over' adalah perkataan paling ultimate. Kalau sebut 'janganlah taip macam tu... takut benda lain jadi..' aku boleh la terima. Tapi sebab perkataan 'over' yang aku pasti adalah tambahan perisa dari singa-singa dia yang lain. Bukan fitnah. Itu la buruk sangka yang terhasil.

Macam mana bila kita, ada bf, menyebut kata rindu dan sayang dalam Facebook yang khas untuk golongan PLU, ditegah untuk berbuat demikian. Sebab apa? Takut pecah lobang? Takut putik baru yang lain tak mekar menjadi bunga? What ever.

Tapi sebaik je aku online awal pagi tadi lepas aku takleh tidur, Facebook khas untuk dunia PLU dia dah tak ada. Sama ada didelete atau aku yang dibutakan dari melihat (kena block ke apa ke aku tak tau), facebook tu dah tak ada. Explanation pun tak ada. Dan dia mula meletak status-status yang mendidihkan panas hati aku di Facebook 'straight' dia.

OK. Cukuplah. Aku dah tak mahu burden yang bertambah-tambah. Aku dah cukup siksa menanggung beban di organ paling penting untuk aku terus hidup. Semua kesilapan aku berpunca dari aku sendiri.

Aku dapat housemate yang ibarat seekor anjing menggigit betis pun sebab aku baik sangat. Dan aku mendapat seorang teman yang membingungkan pun sebab aku yang mengikut rentak budak-budak. Salah aku dan correctional measure memang patut aku buat.

Aku nak hidup lebih lama. Mendapat keputusan bahawa darah aku tak mengandungi penyakit belum cukup menggembirakan aku sebab hakikatnya, berita pengepam darah aku yang rosak ni lebih kurang sama sahaja akibat dari keresahan yang timbul. Malah dapat dirasai. Sampai saat ni, aku masih mengusap dada.

Lepas solat Zohor tadi, keadaannya semakin bertambah ngilu. Nak pergi mana pun Facebook dia tu aku dah tak peduli lagi.

No comments:

Post a Comment