Sunday, February 24, 2013

Sejarah Rupiah Yang Menarik Dibaca

Rajin benor aku menstudy hal yang takde kena mengena ngan aku kan. Strategi tu bro. Kuasa  Google lu orang kena paham. Tak payah heboh-heboh blog ke mana-mana, Google hantorkan pelawat kalau kena caranya. Kali ini adik-adik, abang akan menceritakan tentang matawang negara jiran kita, Indonesia. Indonesia lagi? Takde negara lain ke? ..... Takde!... So? Baca je lah. Banyak lak bunyik dia.

Sejarah Rupiah ditemukan di Wikipedia, bermula pada saat pengisytiharan kemerdekaan Indonesia di mana matawang Rupiah diperkenalkan penuh gemilang oleh pemimpin Indonesia bagi menggantikan Guilden yang diwariskan Belanda. Pada saat diperkenalkan, 1 Rupiah ditetapkan bernilai sama dengan 0.5 gram emas! Namun kelanjutan dari itu, bukanlah layak dikategorikan sebagai satu kegemilangan.

This deflationary policy had been derived from the Dutch geldzuivering of Dutch Minister of Finance Pieter Lieftinck (later Executive Director of the World Bank and International Monetary Fund (IMF)), who had trained Sumitro Djojohadikusumo (who had returned to Indonesia along with many other educated Indonesians after the War) in economics at university in The Netherlands. As in The Netherlands, each citizen was to be issued with 1 rp to kick-start the circulation of new money. Undeposited money after October was declared worthless. One rupiah of the new money was said to be worth 0.5 grams of gold, a similar rate to the pre-war Dutch currency (which contained 3 grams of fine gold in the 5 gulden and 6 in the 10 gulden coin), although this was not backed by metal reserves, merely a proclamation of purchasing power. - Wikipedia


Rekod paling awal ditemukan tentang tukaran Rupiah ke Dollar Amerika ialah pada tahun 1949 saat kemerdekaannya disahkan dunia, dengan US$1.00 bersamaan Rp 3.80 . Dengan ringgit, yang dikenali Dollar Malaya sama nilai dengan Dollar Singapura ,  Dollar Amerika kepada dollar Malaya pada tahun 1949 adalah bersamaan dengan US$1.00 bersamaan MY$2.36.

Ini bermakna, pada tahun 1949 , 1 Ringgit bersamaan dengan 1.61 Rupiah! Besarnya nilai Rupiah pada waktu itu, 1 Rupiah dapat dipecahkan kepada 100 sen. Tetapi hari ini mustahil untuk sen wujud di Indonesia. 

Namun, akibat sikap Sukarno yang anti Barat dan pro komunis, dagangan matawang Rupiah digantung dan kadar tukarannya ditentukan oleh pasaran gelap . Diceritakan, pada hujung tahun 1965, selepas Suharto mengambil alih tampuk kuasa dari Sukarno, Indonesia telah memberlakukan semula tukaran wang asing yang diharamkan sejak 1948.  

Ketika dibuka untuk didagangkan, susut nilai telah memburuk akibat inflasi lebih 650% yang dialami Indonesia ketika melancarkan serangan ke atas Malaysia. Pada waktu itu,  US$1.00 telah pun bersamaan dengan 250 Rupiah dan pada akhir tahun tersebut, dicatatkan US$1.00 bersamaan dengan 235 Rupiah.

Manakala ketika itu, matawang Malaysia iaitu Dollar Malaysia yang diikat nilainya bersama Singapura dan Brunei, mencatatkan tukaran pada kadar US$1.00 bersamaan dengan MY$ 3.06. Ini bermakna, MY$ 1.00 pada tahun 1965 telah bersamaan dengan 76.8 Rupiah !

Meskipun sebelum kembali memperdagangkan tukaran, pihak pemerintah telah membuat redenominasi pada tahun 1965 yang menjadikan 1000 Rupiah adalah bersamaan dengan 1 Rupiah yang baru, namun nilai 1 Dollar Amerika berbanding Rp 0.25 Rupiah yang baru tidak dapat disosialisasikan dengan hakikat pasaran. Nilai rupiah yang baru tersebut tetap didagangkan dengan nilai yang lama menjadikan matawang tersebut menjadi semakin kucar-kacir.

Nasib Rupiah tidaklah pernah baik. Menjelang 1971, nilainya merosot kepada US$1.00 bersamaan 399 Rupiah yang baru. Krisis-krisis ekonomi berkaitan harga minyak terus mempengaruhi matawang negara serumpun tersebut sehinggalah pada tahun 1984, tukaran Rupiah menjadi  US$1.00 = Rp1,085.

Matawang Rupiah terus susut nilai tahun demi tahun sehingga pada tahun 1996, nilainya menjadi Rp 2,342 bagi 1 Dollar Amerika.

Krisis ekonomi 1997 menyaksikan Rupiah terus susut nilai sehingga mencecah tahap terburuk pada tahun 1998 sehingga nilainya mencecah Rp 16,800 bagi 1 Dollar Amerika.

Kelangsungan dari ketenteraman ekonomi selepas itu tidak menjadikan Rupiah memulih dengan baik di mana  pada hari ini, Rupiah masih berlegar pada Rp 9,709 bagi setiap Dollar Amerika.

Ini bermakna, pada hari ini, 1 Ringgit telah bersamaan dengan 3,130 Rupiah berbanding 1 Ringgit bersamaan 1.61 Rupiah, 64 tahun lalu. 

Pada tahun 2014, Bank Negara Indonesia dikatakan telah merancang untuk meredenominasikan matawangnya lagi. Seperti tahun 1965, Rp 1,000 dicadangkan untuk dinilaikan sama dengan Rp 1. 

Maka pada ketika itu, sekiranya nilai tukaran Rupiah ke Ringgit sama seperti hari ini, setiap 1 Ringgit akan bersamaan dengan Rp 3.13 . Ini bermakna, matawang sen akan wujud semula di Indonesia. Ini juga bermakna, harga Teh Botol Sosro di sana bakal berubah dari Rp 3,000 sebotol kepada Rp 3.00.

Semoga mereka berjaya.


No comments:

Post a Comment