Monday, February 25, 2013

Malam Chap Go Meh Yang Lalu

Masa aku kecik, kata nyer demer.. demer tu sapa.. aku pun lupa... yang penting demer tu Cina, bahawasanya pada malam Chap Go Meh , bulan akan membesar lebih besar dari biasa. Pandai pulak bulan membesar ikut raya manusia yer.

Padahal, kalau dah di kepala hotak tu di setting kan bulan lebih besar dari biasa, bersekali dengan mata yang menunggu bulan terbit di kaki langit senja, tentulah bulan yang mengalami moon-illusion itu kelihatan besar sebab lapisan atmosfera bumi melapiskan pandangan mata ke arah bulan dengan ketebalan atmosfera yang lebih tebal dari saat bulan berada di atas kepala. Apa aku tulis da.. aku pun tak paham. Pahamkan sendiri la ye.

Maka, pada malam Chap Go Meh kali ini, aku pun mengabadikan foto-foto dengan tema 'Serangan Orang Minyak'. Perbuatan ini terjadi setelah aku tidak dapat-dapat tidur yer saat jam dah menunjukkan 4.00 pagi. Mengikut amalan turun menurun aku, kalau jam 4.00 pagi tak boleh tidur, maka janganlah tidur terus. Kelak 4.00 petanglah kau bangun.

Satu lagi, malam Chap Go Meh kali ini memberikan makna tersendiri untuk aku. Iaitu Melayu Inggeris Cina. Apakah itu? Hahaha. Meh nak kabor.

Chap - Melayu - Cikcap. Go - Inggeris - Pergi . Meh - Cina - Apa . Maknanya lebih kurang Cikcap, pergi, apa?  Sebab apa bermaksud begitu? Sebab walaupun berbagai usaha telah dibuat untuk tidur termasuk chap chap chap, tetap aku tak boleh tidur ! Rugi ayor je buat mandi hadas. Hehehe. Peace.



Konsepnya, serangan orang minyak.

No comments:

Post a Comment