Wednesday, February 27, 2013

Inikah Plet Wilayah Selepas WYY ?



Apa plet untuk Wilayah Persekutuan selepas WYY 9999 ? Menurut sumber dalaman, luaran dan pintuan (tengah-tengah le tu),  selepas WYY, belum lagi diputuskan huruf apa yang hendak digunakan. Haha.  

Bermakna, pihak JPJ lebih rela membiarkan suspensi ini berlanjutan seketika supaya debaran untuk membida menjadi rapsodi yang menyeronokkan orang-orang kaya.

Dengan plet kini sedang melepasi WYA 7000 , dengan huruf ketiga bertukar setiap lebih kurang  7 - 10 hari, diramalkan WYY akan tiba pengakhirnya pertengahan tahun ini. 

Ada khabar yang menyebut, bahawa W xxxx A akan digunakan. Hal ini idakler mustahil memandangkan menjadi kebiasaan di Malaysia apabila habisnya stok huruf huruf angka angka angka angka, maka ditambah pula dengan huruf selepas angka tersebut. seperti SAA xxxx A di Kota Kinabalu QAA xxxx A di Kuching dan KV xxxx A di Langkawi.

Tetapi khabar angin bertiup lebih kencang berhubung penggunaan huruf X untuk plet kenderaan di Wilayah Persekutuan selepas WYY. Ini diperkukuhkan dengan simpanan huruf X dan Y yang sememangnya susulan dari huruf W , yang tidak digunakan di Malaysia selama ini?

Namun apa yang pasti, belum ada keputusan hasil perbincangan dari pihak JPJ yang dikeluarkan. Maka berterusanlah teka teki ini sementara keputusannya bakal diketahui sedikit masa lagi.

No comments:

Post a Comment