Tuesday, February 26, 2013

Kenangan Maggi Sup Tulang Yang Kini Hilang

Orang bujang memang biasa la makan Maggi. Kalau orang dah kahwin makan Maggi, kesian hidupnya. Bercerita tentang Maggi, satu perasa Maggi yang dah pupus di tahun 2013 ni sangat-sangat aku rindukan. Sebab kenangan Maggi perasa tu akan melekat dalam hotak aku sampai bila-bila. Maggi Sup Tulang. mari kita imbas kisahnya.

Blinggg (Flashback macam dalam filem tu lah)..  Masa tu aku nyewa di Pangsapuri Sri Nilam, Bandar Baru Ampang. Block C , Tingkat 15, Pintu 9. Amboi. Nak aku cerita siapa tuan tanah dia? Tak payah lah kan.

Masa tu, aku dikira ketagih la dengan Maggi Sup Tulang. Tiap kali turun bas menapak ke rumah, aku akan ke kedai runcit mamak tepi food court tu. Cari Maggi Sup Tulang. Perasa sup tulang dia betul-betul pekat, lazat, hebat. Entah berapa ketul tulang dan berapa senduk ajinomoto lah kan dia taruh untuk jadikan sepeket perasa.

Dijadikan cerita, pada satu hari Isnin malam Selasa yang dah agak larut, dek kerana kelaparahan, lapar yang parah la kiranya, aku pun turun membeli Maggi Sup Tulang 2 bungkus dan telur 2 biji. Menyedari kuatnya perasa atau dengan kata lainnya MSG dalam Maggi Sup Tulang tu, aku tak dapat jugak halang perut aku yang memaksa tangan aku, untuk memasak 2 bungkus Maggi dan 2 biji telur sekaligus. Lapar doh. 

Selesai masak, dan menyajikan dalam mangkuk besar, dengan penuh kekudukutan tak mau dikating katang oleh housemate, aku terus bawak semangkuk penuh Maggi Sup Tulang dua bungkus sekali masak dengan telur dua bijik yang semerbak ke bilik. Jam baru pukul 12. Baik aku telan sambil tengok Nightline sorang-sorang dalam bilik.

Slurrrp. Pergh. Rasa kuat sari tulang dan sup menutup rasa MSG yang tak kalah kuatnya tu. Panas. Jadi aku makan perlahan-lahan dengan menghirup kuahnya dulu. Slurrrp lagi. Pehhh. Nikmat. Slurrrrp.. Slurrrp.. Slurrrp.. Tiba-tiba kepala aku pening... Pehh power betol ajinomoto dia!!!

Bukan je kepala je pening, perut pun berkocak sikit. Perhh. Penyakit apa pulak bawaan Meggi Sup Tulang ni? Bukan je perut aku berkocak, kain baju yang tergantung dalam locker kain terbuka separuh depan aku pun berkocak. Ah. Sudah. Memberi kesan halusinasi ke ? Kemudian aku nampak kain alas rak TV pun berkocak! Alamak!

Rupa-rupanya gempa bumi! Apa lagi, mangkuk aku letak ke lantai, capai wallet, lari keluar bilik. Semua housemate pun terpinga-pinga. Masing-masing dengan muka panik bertanyakan adakah masing-masing rasa apa yang masing-masing rasa. Aku berlagak cool. "Relax.. kejap je ni.." . Tapi memandangkan selepas 20 saat goncangan masih berlaku berkali-kali, kami pun berhamburan lari. 

Paling power lari tentulah aku. Dari tingkat 15 hingga ke tengah jalan tak sampai seminit pakai tangga. Penduduk Sri Nilam tingkat 8 ke atas semua berhamburan. Yang berkemban bersabun pun ade tengah jalan.  

Kami cuma naik ke rumah jam 4 pagi selepas lepak di food court dan makan di situ. Maggi Sup Tulang yang dimasak dengan rasa tamak pun di buang. Sebab dah kembang. Menengoknya pun dah kembang tengkuk. Tapi dia jugak yang jadi mangsa buruk sangka.Mungkin sebab itu, Maggi Sup Tulang sudah tiada di pasaran. Merajuk agaknya.

Gempa bumi 29.3.2005 jam 12.09 malam bermagnitud 8.6 skala Richter yang berlaku di Pulau Nias, Sumatera  itu membuatkan semua penghuni rumah pangsa dan apartment di Kuala Lumpur berhamburan keluar. Gegarannya dirasakan sehingga ke Singapore, Bangkok dan Sri Lanka! Bukan kami sahaja. Semua ketakutan sebab masih trauma dengan gempa bumi Aceh yang makan 200,000 orang 3 bulan sebelum tu.

Ketika pihak seismologis menyebutnya Gempa Bumi Nias, aku menggelarnya Gempa Bumi Maggi Sup Tulang.

3 comments:

  1. Perhhh!
    Artikel ni sungguh menghimbau kenangan terhadap perisa mi segera maggi perencah sup tulang yg jugak menjadi kegemaran gua..

    Dan satu lagi perencah yg gua rindui ialah perisa Udang yg memang faveret gua jugak yg dah cemuih makan maggi kari sejak dari dulu lagi..
    http://mywanfai.wordpress.com/2009/04/20/maggi-perisa-udang-dah-takde-lagi-rupanya/

    ReplyDelete
  2. hahaa.. feveret gua gak mee udang pulau pinang tu... tapi sup tulang lagi A .. hehe

    ReplyDelete
  3. Saya amat suka maggi sup tulang. Pada tahun 2001-2003 sewaktu belajar di maktab perguruan selalu belu maggi sup tulang setiap kali dapat elaun bulanan sbg stok hujung bulan. Kenangan maggi sup tulang.

    ReplyDelete