Sunday, December 16, 2012

Minat Baru - Tebang Hutan Buat Kebun

Masa berlalu, zaman pun berubah. Aku yang dulu suka menulis blog untuk menyeronokkan orang lain kini beralih kepada sesuatu yang menyeronokkan diri aku sajer. Syok sendiri lah kaedahnye. Kalau orang lain nak syok sekali tak ngaper. Jemput ler. Cuma, sejauh mana aku dapat syokkan orang lain apakala (ade ke perkataan tu) tiada siapa yang sudi menggumbirakan aku.

Mungkin sesetengah yang kenal aku taknak tahu kenapa aku balik Ipoh selalu, walaupun Sareah sudah tiada. Tak nak tahu aku peduli apa? Ini blog aku. Aku ceritalah juga. Hahaha.

Ini kerana, saye sude mengembare ke dalam hutan rimbe di Hulu Kinte sane untuk mencari satu daerah paling sunyi. Untuk aku isi dengan tanaman-tanaman yang sebenarnya wayang je. Motif sebenar ialah untuk mewujudkan sanctuary atau dengan kata lain, kawasan tersembunyi yang tenteram, aman, tenang dan satu hari kelak akan menjadi dusun buah-buahan yang meriah untuk diwarisi kepada Amanah Raya. Sedih kan kau.Takde sapa nak kau wariskan.

Kedudukan dalam peta, tidaklah boleh saya tunjukkan. Apekejadah nama sanctuary nyer kalau didedah-dedahkan.Aku nak jadikan tempat ni satu kawasan yang bebas dari pengetahuan mana-mana pihak yang suka mencari-cari aku. Feeling hot lah aku ni kan. Kau ingat kau artis, setan?

Setelah merujuk ke Pejabat Tanah Ipoh, aku mendapati satu kawasan yang tidak berempunya. Kedudukannya agak tinggi. 200 -250 meter dari aras laut. Dari kedudukan itu, terbentang beberapa pekan utama sekitar Ipoh seperti Bercham, Tanjong Rambutan, Meru Raya, Chemor malah Sungai Siput di depan mata. Kalau buat rumah atas ni sungguh indahnya. Tapi kalau kena panah petir, itulah namanya kes naya.

Hanya gambar-gambar ini buat tatapan mata anda semua. Laporan kemajuan pembangunan kawasan ini akan disusulkan kelak. Buat masa ini, aku dah dilantik oleh bakal petani-petani sebagai kepala peneroka tanah untuk pertanian berkelompok ini. Aku yang memecah tanah kepada lot-lot 2 ekar setiap satu dengan sempadan berdasarkan maklumat GPS pada henpon Nokia cabuk aku. Sejumlah 10 orang telah bersama-sama mengemukakan permohonan ke pejabat tanah berpandukan lot-lot yang dah aku pecahkan. Kasi pecah laaa.

Tanah ini menjadi sebab untuk aku terus pulang ke Ipoh setiap minggu. Walaupun Sareah kini jauh beratus batu. 

 Jalan masuk. Kelihatan Kolej Sains Kesihatan Bersekutu Hulu Kinta di kejauhan.

 Di tanah ini, penggondolan hutan akan dilakukan.

Gambar arah utara seksyen lot aku dari tengah-tengah lot. Apa kau nak jadi tarzan?

Video ni aku ambik masa nak balik dari tanah kebun tu. Sorang-sorang yer. Kau mampu? Salah control motor, ke gaung la jawabnya.

No comments:

Post a Comment