Monday, December 17, 2012

Lantaran Apa


Lantaran apa aku berduka
Ayat ku tiada 
Apakah lagi titik noktahnya

Hidupku diterajang kesepian
Hingga pena segan bertinta
Mengalah dengan halangan mudah
Hanya ku simbah dengan hujan mencurah

Semalam aku riang 
Esok mungkin duka
Hari ini aku tiada apa-apa

Wahai hari esok
Bawakanlah aku berita gembira
Pulangkan aku naskah yang lama
Pulihkan aku seperti sediakala
Hapuskan dia dari batu jemala

No comments:

Post a Comment