Thursday, December 2, 2010

Toyota Lancarkan Etios! Paling Murah Pernah Terhasil!

Giler babi lah macam ni. Toyota baru melancarkan kereta termurahnya di India. Toyota Etios. Dan tentunya kita mahukan kemurahan kereta tersebut kekal jika ia memasuki pasaran tanahair! Soalnya bolehkah ia masuk? Jika masuk, apakah ia semurah itu?

Teman sokong pemerintah negara ni 99%. 1% yang teman tak sokong ialah berkait harga kereta!

Kereta sedan yang murah ini dijual mulai dari 496,000 - 686,500 rupee atau sekitar RM34,480 hingga RM47,730 ! Lebih kurang harga SAGA!

Toyota menyediakan 6 pilihan warna iaitu Harmony Beige, Vermillion Red, Serene Bluish Silver, Symphony Silver, putih dan hitam seperti seperti yang dipetik dari web rasmi Toyota,hari ini, Khamis 2 Dis 2010.

Etios berkuasa enjin 1.5 liter mampu menjana sehingga 80 kuasa kuda. Toyota merancang untuk melancarkan Etios versi hatchback. Toyota berjanji akan mula memasarkannya pada April 2011.

Etios sebagai kereta entry level di India. Dengan design yang menarik, Etios dilengkapi dengan ciri-ciri keselamatan seperti ABS, EBD dan SRS airbag (untuk pemandu dan penumpang).

Berat kereta tersebut hanya 890 kg. Maka ia akan menggunakan bahan bakar efisien untuk pemanduan dalam bandar.

Proses memajukan Toyota Etios yang memakan masa 5 tahun dan telah diuji 200,000 km dengan melibatkan jurutera India. Sebelum ini, Toyota sudah mempamerkan versi prototype Etios di India Motor Show awal tahun ini.

Apakah Toyota Etios akan tiba dinegara ini? Apakah harganya semurah itu? Jika mahal, baik tak usah. Buat sakit hati jer.



3 comments:

  1. u biar betol tu?
    mak aish!!.. kalau mcmtu I pun nak.. kalau dah semurah tu kan.. cantik juga tu.

    ReplyDelete
  2. itu harga kat india u.. masuk sini pung pang pung pang mau rm 55K - RM65K .. itupun kalau boleh masuk..[paktam]

    ReplyDelete