Monday, November 29, 2010

T.G.I.M !

Isnin datang lagi! Good ! Lovely ! Best! Ahhhhh! Hampir pengsan saya kerana terlalu menyukainya. Deruan angin pagi yang segar. Kicauan burung-burung yang riang. Saya cukup bersyukur kerana hari yang diidam-idamkan, iaitu Isnin telah datang lagi.

Saya menyukai Isnin melebihi hari-hari lain. Saya melihat Isnin dengan penuh penghormatan, kegembiraan dan keyakinan. Isnin merupakan kekuatan saya dalam menghadapi perit jerih kehidupan.

Tanpa Isnin, tak wujudlah hari Selasa dan hari-hari seterusnya. Isnin merupakan pujaan jiwa raga. Isnin yang memberi kegembiraan, ketenangan dan seribu pengharapan.

Hari Isnin menjadi hari pemula yang akan memberikan keyakinan terhadap prestasi bekerja sepanjang minggu. Sebab itulah Isnin sungguh bererti, sungguh tampan, segak bergaya dan Isnin menjadi raja yang bertakhta dalam hati.

OK. Susah-susah aku puji kau Isnin. So please be good to me!

No comments:

Post a Comment