Tuesday, November 30, 2010

Awas! Malware Terbaru Di Facebook Ialah...

Pernahkah anda melihat atau mengklik aplikasi untuk mengetahui siapakah yang melihat profil anda di Facebook? Malang lah anda. Kerana aplikasi itu dipastikan adalah 'malware' atau program pengintip terbaru yang sedang popular di Facebook.

Pengguna yang teruja berkemungkinan besar akan mengkliknya dan mereka sudah pasti menjadi mangsa. Firma keselamatan komputer dan internet Sophos mencatatkan, hanya dalam beberapa jam, lebih dari 60 ribu orang telah mengklik pautan tersebut.

"Ketika mengkliknya, anda akan diarahkan ke halaman web yang mendorong anda memberi izin untuk aplikasi tersebut memiliki akses ke profil Facebook anda," kata konsultan teknologi kanan di Sophos, Graham Cluley, seperti dipetik sebuah akhbar Indonesia dari PC World pada hari Selasa 30.11.2010.

Cluley mengingatkan pengguna Facebook bahawa aplikasi tersebut bohong belaka. Malahan pula, sebelum ini Facebook juga sudah pernah menjelaskan bahawa tidak ada cara untuk mengetahui siapa yang telah melihat profil kita.

"Kami bekerja keras menyekat dan menghapus website, laman dan aplikasi yang mendakwa dapat melakukan perkara ini. Jika terlihat aplikasi seperti ini, jangan tertipu, dan segera lah laporkan kepada kami," ujar Facebook dalam laman Security Site nya.

Jika anda telah terlanjur, jangan khuatir dan Cluley memberi cadangan terbaik untuk anda untuk menghapuskannya. "Hapuskan reference ke pautan tersebut dari News Feed anda, dan sekat hak bagi aplikasi yang tidak-tidak untuk mengakses profil anda melalui Account/ Privacy Settings/ Applications and Websites," kata Cluley.

Yang jelas, tiada siapa boleh lihat siapakah yang melihat profilnya. Aplikasi ini tidak wujud langsung. Jangan kerana terlampau kemaruk, sampai anda akhirnya menyerahkan bermacam-macam privasi anda ke pihak yang tak bertanggungjawab.

3 comments:

  1. nasib baik tak penah click mengarut2 tu. -Fara-

    ReplyDelete
  2. thanks.. very hlpful information.. kajid

    ReplyDelete
  3. hehe.. awas ye kwn2.. [paktam]

    ReplyDelete