Monday, November 29, 2010

Matahari Kini Ada Pemilik Berdaftar!

Aiyo! Siapa yang gila? Antara pendaftar hakmilik atau Duran Angeles , 49, warga Sepanyol dari Salvaterra do Mino di negara tersebut?

Wanita ini mendaftarkan MATAHARI sebagai miliknya. Hahahahawau. Tapi adakah dia yang gila? Atau undang-undang yang gila?

Undang-undang telah menetapkan bahawa mana-mana negara tidak boleh menghakmilikkan mana-mana planet, bintang atau apa-apa yang terdapat di cakrawala. Namun undang-undang ini terlupa untuk menerapkan larangan ini ke atas individu.

Akibatnya, beberapa tahun lepas, seorang lelaki dari Amerika telah mendaftarkan bulan dan planet-planet di sistem solar ini sebagai miliknya.

"Saya bukan bodoh. Saya tahu undang-undang. Saya melakukan perkara ini sama seperti yang pernah dibuat oleh seseorang sebelum ini. " ujar Duran dipetik dari AFP (Ahad 28.11.2010).

Tidak bercanggah dengan undang-undang, pendaftar hakmilik di Sepanyol itu pun mendaftarkan bahawa bintang Type Spektral G2 itu sebagai miliknya. Hahaha. Gila!

Lebih bangang, wanita ini bertekad untuk mengenakan caj kepada sesiapa yang menggunakan matahari. Caj ini akan disalurkan kepada kerajaan Sepanyol dan untuk kerja kebajikan menghapuskan kebuluran seluruh dunia.

Teman rasa la kan. Bila sinaran matahari dicaj, makin ramai la yang kebulur kan? Tak ke bodoh pompuan ni. Hehe. Pastu kan, sesiapa yang kena kanser kulit sebab matahari, boleh la saman perempuan ni kan. Negara yang kebakan hutan, saman pompuan ni jugak. Negeri yang kemarau, saman perempuan ni jugak. Bijak kepala lutut lah kan si Duran ni. Kata pandai benor.

Tapi apapun teman rasa, itu cuma tindakan dia yang memperolokkan undang-undang tentang larangan menghakmilikkan planet oleh negara-negara.

No comments:

Post a Comment