Tuesday, July 27, 2010

Kembara Ke Semporna 1

Kembara kali ini membawa diri aku ke Semporna, Sabah. Bagi aku, Semporna merupakan bandar yang unik kerana ia merupakan bandar paling timur dalam negara Malaysia. Kenapalah kau obses sangat pasal itu kan? Tidak. Anda-anda yang buta geografi tidak akan memahami obsesi orang yang dah bukak atlas sejak umur 5 tahun. Hahaha.

Maka pagi yang dijanjikan oleh Air Asia tuh, aku pun memandu dan meletakkan kereta kat parking depan pintu IPK Putrajaya. Hambek kau. Kalau kena curi tak tau la. Kendian, terus beli tiket ERL ke LCCT berharga RM5.50.Aku naik KLIA Transit yang pertama haritu. Perjalanan ke Salak Tinggi yang bersambung dengan bas yang dah menunggu. Sampai LCCT 6.25 terus check in. Beli milo kat McD, beli The Star dan Utusan, terus masuk boarding gate. Penumpang ke Tawau dah beratur depan pintu.


Pengalaman pertama tak duduk kat bangku balai berlepas. Masuk je terus beratur kat pintu. Haha.


Menurut pilot, perjalanan ini berjarak 1,912km.

Penerbangan berlepas tanpa berlengah dan aku dapat kerusi tepi lorong. Sebelah aku terdapat sepasang lelaki yang saling berpegangan tangan. Tak puas-puas kan. Dalam penerbangan yang meletakkan nyawa dihujung jari pilot pun nak bermesra. Choi lah.

Sampai di Tawau jam 10.20 pagi. Inilah penerbangan paling lama pernah aku naik. 2 jam 45 minit. Kesian kan. Tapi hazab rupanya naik flight lama-lama bagi orang yang peha panjang macam aku.



Dah sampai Tawau. Tempat yang aku teringin nak pergi sebab mak bapak aku pernah duduk sini dari tahun 1971 sampi 1977. Bezanya, depa pi naik kapal laut. 7 hari baru sampai.


Inilah airport Tawau. Kalau nak dibandingkan dengan Ipoh. Mintak maaf la. Haha.

Sampai Tawau aku blur. Cemaner nak ke Semporna? Aku menempek kat kaunter teksi. Kalau-kalau ada yang nak ke Tawau, boleh aku tong-tong. Memang ada encik seorang ni. Ala-ala orang kaya la kiranya (tapi naik penerbangan tambang murah kan) yang terus bersetuju dengan kadar RM45 satu teksi untuk ke Tawau.

"Bang. Kita naik berdua. Saya bayar RM20." aku dengan selamba menyapa dia. "Boleh.Boleh." ujarnya sambil mencekau RM20 yang aku hulur.

Dalam perjalanan aku ngan encik tu bersembang. "Asal Perak ke?" tanya dia. "Haah" aku jawab. "Dengar bunyi sembang dah tau.Perak kat mana?" tanya dia lagi. Banyak lak soal."Ipoh" jawab aku. "Saya dulu pernah duduk Taman Meru." jawab dia lagi. Yelah. Asal aku jawab Ipoh, tak pernah tidak, mesti orang yang tanya tu pernah duduk Ipoh. Tak pernah pulak ada yang jawab "Oh.. Ipoh.. Tak pernah lagi sampai Ipoh..". Pelik pun ada.

Tawau terletak 30km dari airport. Mak datuk. Kenapa tak letak 100km kan. Jaraknya dari main road Tawau-Semporna pulak ialah 3 km. Yang pasti, untuk ke Semporna, aku akan lintas simpang airport tu satgi. Sampai Tawau aku suruh teksi tu berhenti kat stesen bas. Encik tadi kena cas RM10 lagi sebab dia nak turun tempat lain. Haha. Selamat. Sapa suruh turun kemudian. Jahat tak aku. Melepaskan diri sendiri. Hahaha. Jam dah dekat pukul 11.00. Ah. Makan dulu.



Masakan di kedai yang aku makan. Di TV, ada ceramah agama dari penceramah Sulawesi. Yer. Depan masjid katakan. Aku ngan suar pendek. Malu. (reti pun malu yer).


Stesen bas Tawau.

Lepas makan aku jalan-jalan ke stesen bas. Cari bas ke semporna. Bas cantik kaler ungu yang nama pelik tu gi mana yer? Semporna! Great! Haha. Yahoo. Dot com! Jumpa gak akhirnya. Bas Ekspres Tongtalun (Thong Ta Loon kot nama tokei dia) tu cantik. Tambang atas tiket tulis RM14.30. Tapi bayar RM10 je. Sebab musababnya idak ler teman tahu.

Tiba-tiba sebuah bas kaler hijau putih berhenti, tertulis "Lapangan Terbang". Detsitlah. Ada pun bas. Cemaner aku leh tak nampak tadi?

"Ada pulak bas. Kalau tau naik bas tadi." aku selamba mengomel kat seorang brader yang dia dan bininya memikul beg besar sambil mengheret dua anak. " Ha. Itupun kami tanya teksi tadi. Okei la. RM10 seorang." jawabnya. Okei ke? 4 orang engkorang dah RM40. Baik naik teksi. Fail matematik kot brader nih.

Bas Ekspres Tongtalun jalan 11.45. Yey. 15 minit saja lagi. Sebaik bas bertolak, aku pun cari seat belakang-belakang mengabaikan nombor yang tertera. Mana taknya, makcik Bajau Suluk sorang tu dah rampas tempat duduk tepi aku.




Jadual bas Ekspres Tongtalun. Tongtalun adalah nama asal Semporna dalam bahasa Bajau Suluk yang bermaksud Hujung Hutan. Nampaknya bas ni sebijik je yang ada. Ala-ala pesawat Air Asia yang berulang alik. Huhu. Takpe. Berkhidmat untuk negara.


Cantik bas nyer. Tak macam apa yang aku baca dalam travellers blog. Kononnya bas sempit padat, berhenti-henti. Sah-sah blog depa ketinggalan zaman. Haha.


Kemunculan bas ini secara tiba-tiba membuatkan sakit pulak hati kita .


Yay, kembara 120 km di Pantai Timur Sabah (tenggara la) kini bermula.


Bas yang selesa dan air cond yang sejuk! Siap dapat air mineral sebotol dan gula-gula 3 ketul oleh pramugara yang bertugas. Haha.


Hanya ini permandangan rasmi berpuluh-puluh kilometer. Maklumlah, Tawau kan pengeluar kelapa sawit terulung negeri Sabah.

1 comment: