Tuesday, July 27, 2010

Kembara Ke Semporna 3

GAMBAR DIASINGKAN KE POSTING BERIKUTNYA.

Ahad 25.07.2010. Aku bangun jam 6.30. Mandi alakadar, cepat-cepat aku ke office Uncle Chang.Sampai je, aku kaget. Takde orang. Kerani dia tengah sapu sampah. Dia suruh tunggu kat situ. OK. Kemudian datang sorang perempuan yang aku kira Jepun. Tergedik-gedik tengok ikan bawah pelantar. Setengah jam kemudian baru penuh. Sejam kemudian baru jalan 18 orang. 2 je Asian. Lain semua omputeh. Aku ingat omputeh ni punctual. Hampeh demer ni.

Bot bertolak jam 8. Tak sampai sepelaung dari tempat berlepas, bot berhenti. Masalah enjin. Si drebar menggodek-godek enjin kira-kira 15 minit. Aku panas hati. Aku ambik kesempatan sindir salah dorang omputeh yang dekat dengan aku.

"They should get ready with all this stuff before we leave!" ngomel aku. Omputeh tu angkat bahu. Aku tahu omputeh tu semua tidor sana. Aku sambung lagi "I'm going for a day trip. If they said 7, they should make it 7." Aku pun memulakan tamparan Melayu. "Maybe they will move back a little bit late then". Ooo. Menjawab. "Nah.. I dont think so.." aku membalas sambil memandang horizon belakang bot. Omputeh itu angkat bahu lagi. Matilar nanti dia report kat Uncle Chang. Ader aku kesah. Di bagi tempat bertenggek kat pulau tu dah cukup baik.

Lebih kurang jam 9.30 kami pun sampai. 45 minit menderu gigi Laut Sulawesi. Sabah satu-satunya negeri yang ada lebih dari 1 laut. Laut China Selatan untuk KK, Laut Sulu untuk Sandakan dan Laut Sulawesi untuk Mabul dan Sipadan. Semporna terletak antara sempadan dua laut kerana dua laut dalam melebih 3000 meter, Laut Sulu dan Laut Sulawesi terbisah oleh rabung Sulu yang bermula di Semporna, Sabah dan berakhir di Zamboanga City, Mindanao. Eh, lebih pulak dia.

Omputeh ni ingat aku macam dia nak menyelam tengok ikan, tengok batu karang. Orang datang nak ziarah penduduk Mabul la. Tak malu tol. Memang la kawasan tu cantik tapi kena la ingat yang kecantikan camtu untuk mengagumi ciptaan Tuhan. Bukannya menambah kesesatan. Tu yang aku tak gemor omputeh tu. Tapi takpe. Ekonomi punya pasal. Eh. Bila nak sambung.

Aku turun. Makan bihun. Segan la nak tangkap gambor. Omputeh ni lagi kolot dari kita. Kita buat blog. Kita nak transparent. Depa buat blog, tunjuk yang best je. Lepas makan bihun, aku cari pekerja situ. "Kalau mau ke kampung-kampung ikut mana?" tanya aku. "Ya.. ikut sini bha.. sini.." jawabnya sambil tunjuk laluan yang melintas asrama papan buruk depa. Uncle Chang ni nak tunjuk junkie sangat ni. Duit makan ribu-ribu sehari. Tapi bot dia banyak. Buat beli bot la tu.

Aku terus jalan sejauh yang boleh. Tup, lalu celah rumah makcik mandi berkemban semua, sampai kawasan lapang banyak pokok kelapa. ada masjid kaler biru kat tengah. Orang dok sibuk kutip sampah. La. Ada Mabul Cleaning Day. Omputeh la ni anjurkan. Yang di laut omputeh buat, yang di darat org kampung buat. Tak ke menyindir namanya. Tapi itu memang cara nak educate. Tapi tak perlu menyindir. Bagitau terus terang. Buat tapak pelupusan. Beli insenerator. Omputeh kan banyak duit. Tapi Majlis Daerah Semporna punya la. Harap maklum. Haha.

Aku singgah minum ABC. ABC mangga. RM2.50. Mamat yang meniaga tu pandai cakap Melayu. Siap ada perkataan utara lagi dia taruh. Umur dalam 25 kot. Dia kata aku PGA. Memang ada pos polis situ. Aku sembang gitu-gitu je. Masalahnya, dari sampai tadi asik Facebook kat telefon. Mabul punya line 3G. Semporna pun EDGE je. Pastu ada pulak tok ketua (agak aku la) dengan tok bilal (agak jugak.. sebab pakai lebai) bersembang dengan mamat tu. Bajau Suluk chat. Aku terus berFB. Habis satu abc, aku order lagi. Panas dia toksah cerita. Memang rasa nak terbakar jiwa raga. Memang walaupun kulit aku gelap gemilau, harus diingat kerja aku setiap hari tak pernah berpanas kecuali nak lintas jalan beli lunch.

Sebelum blah, aku gi masjid, bukak selipar, naik tangga, isi tabung, keluar balik. Lepastu aku terus blah. Balik ke Uncle Chang. Suasana bosan nak mapuh. Aku tengok je omputeh bersnorkeling. Kalau nak ke Kapalai (kawasan terumbu pulau tak jadi) belakang Mabul,tambah RM40. Bijak buah plior. Aku pun tangkap gambar sana sini. Tapi cover-cover je. Malas nak over. Aku bawak Canon A495. Harga RM399. Bagi aku imej tergambar untuk pengetahuan umum penting. Seni fotografi itu mahal dan adakalanya yang mampu itu tidak mempunyai seni langsung. Oh itu namanya hobi. Apa sajalah.

Aku sambung balik ke kampung-kampung. Panas. Bahang. Menggelegak. Aku nak cari Teh O Ais jugak. Minuman aku. Aku singgah kat Kak Neng. Oih. Kak Neng ni aku rasa memang orang Manila kot. Haha. Dia punya English. Tau la kan orang Filipin kalau speaking. Tapi memang agak fasih la. Dia sembang ngan omputeh gemok tua pompuan yang kepenatan mengutip sampah bersama penduduk kampung. Ngutuk je aku kan. Takde la nak kutip sampah. Eh. Maaf. Panas.

Aku order Mee Goreng Ayam. Dengan Teh O Ais. Anak kucing kebulur memanjat meja dengan tak reti takut. Kak Neng sibuk main dengan kucing kesangan dia. Buat tak reti je. Takpe. 3/4 ayam aku aku bagi kat dua kucing yang saling berebut. Eh. Ada hiburan lak. Aku order air lagi. Tangan dok sibuk Facebook. Melayan di Ed. Eh. Depan kedai Kak Neng, rumah ketua kampung merangkap Ketua UMNO Cawangan. Ala kadar je.

Kebanyakan rumah kat Mabul dibuat atas air. Oleh sebab itu, tanah darat dipagar kapitalis dan dibuat chalet yang indah-indah. Bagai langit dengan bumi dibanding dengan rumah orang kampung. Yang duduk omputeh belaka. Ala-ala, "hey we stay among sea gypsy in Malaysia they are poor and neglected". Kan susah.

Yang hutan, hutan la. Yang Atas darat tempat jual jajan dengan kain baju je. Sepatutnya dibagi duit kat orang Mabul suruh beli satu cat yang sama kaler je. Coklat ke. Baru meriah.

Tetiba hari ujan. Kak Neng suruh aku injak ke dalam. "Untuk matahari tu, bukan untuk hujan" kata kawan Kak Neng sambil menunjukkan kanvas, plastik dan zink yang kerkawanan menjadi bumbung meja makan.

"Tak pa. Tak lebat ni." ujar aku sambil dok sibuk FB. Lepas tu aku terus ke Uncle Chang. Badan aku rasa panas di dalam walaupun angin sejuk menghembus kuat. Langit selatan kelabu. Alamak. Nak demam pulak. Aku duduk kat tempat lepak Uncle Chang. Situ la area makan, situ la area ketibaan, situ la area liveband malam minggu. Atas pelantar yang berdiri di atas air jernih kehijauan.

Hujan semakin lebat. Badan aku semakin panas. Perut pun dah tak sedap. Ye lah, ko main bantai je belasah itu ini. Diorang perut dah kebal. Ko perut cemaner pulak. Meraso la. Aku kena santet ke? Jeng jeng jeng. Takpe. Aku menunggu jam 4. Aku mesti nak ke Semporna cari ubat.

"Wa.. Musim hujan ka sekarang?" aku saja tanya Uncle Chang. "Hah. Tarak." menjawab dia dengan otak dok fikir benda lain."Ingat mau snorkeling, badan mau demam" aku saja nak tunggu reaksi dia. "Esok boleh.." dia jawab tanpa perasaan. "Day-trip la." aku menjawab. "Petang boleh." dia jawab lagi dengan mata tengok bot dia yang masuk. Taik kucing la hang. Hujan ribut camni petang apa nyer. Dah petang ler ni.


Sebaik saja bot berhenti dia terus memekik kepada seorang pekerjanya bertanyakan tentang minyak bot semua. Memang aku dah agak, kepala otak bertocang Manchu dia tengah pikir benda lain. Huh.

Aku melayan titisan hujan yang tak kedengaran akibat perbualan sekumpulan pelancong cina yang dihiburkan oleh lawak pemandu pelancong mereka dalam kantonis. Hah. Hingaq. Omputeh terpandang-pandang mereka apabila nyonya-nyonya mengekek macam pontianak mendengar lawak pemandu pelancongnya.

Lebih jam 2 petang, hujan berhenti. Hari menjadi cerah. Langit menjadi biru. Cuaca menjadi indah. Wah. Ini Uncle Chang ada betul. Rasa nak demam aku dimatikan oleh rasa nak jalan lebih jauh lagi. Aku pun terus berjalan. Berjalan dan berjalan. Sampai tempat budak main bola. Diorang tengok je aku. Lepas tu gelak-gelak. Bila aku kaji balik, memang tak ada pun penduduk Mabul yang botak. Cilaka hangpa.

Aku sampai kat Uncle Chang kepala pening pulak. Maunya tidak. Kejap panas, kejap sejuk, pastu panas bahang balik. Aku terus duduk kat penambang merangkap segala tempat upacara Uncle Chang tu. Jam menunjukkan pukul 3.

"Semporna, semporna" jerit pemandu pelancong Cina tadi. "Saya mau. Saya mau balik Semporna!" jerit aku. "Mari naik." katanya. Tiba-tiba aku ditahan seorang pekerja situ. "Nanti, kira urang dulu bha. Nanti lebih muatan disaman siapa mau bayar.." wah. Kesar bahasa kau kan. Uncle Chang la yang ajar ni. Aku tunjuk resit. "City Inn?" tanya dia. Eh silap. Bukan yang itu.

Aku memang perlukan Padadol Activfast. Sakit kepala mengganggu prestasi saya. Oh, rupanya aku satu bot dengan keluarga Kantonis tadi. Detsit. Sepanjang jalan mereka senyap je. Bagus. Kami dilabuhkan di jeti baru Semporna yang belum bukak. Masih baru dan.. jauh pulak dari hotel. Aku dah tak tahan. Aku selamba jalan redah celah setinggan sampai ke hotel. Nasib baik tak jauh sangat. Dari Pavilion ke Times Square kot. Tak jauh kata kau. Sempat aku singgah kedai runcit beli panadol.

Sampai hotel, aku terus bukak baju, bukak seluar mandi sepenuh hati. Pastu telan panadol. Aku tertidor kejap. Barang 20 minit aku terjaga. Kepala dah tak pening lagi. Badan dah rasa cam OK je, Aku pun keluar. Jalan cari makan. Lepas makan nasik, aku makan KFC. Lepas makan KFC, aku makan buah. Asik makan je aku kat sini. Perut pun dah naik.

Bosan mlm tu aku layan Con Air kat TV. FB. Dan tidur.

No comments:

Post a Comment