Tuesday, July 27, 2010

Kembara Ke Semporna 2

Setelah tertidur dan terbangun berkali-kali, akhirnya sampai juga aku kat pekan Semporna yang terletak 1800 km dari KL. Jauh yer. Kalau ke arah barat, dah sampai Madras kiranya.


Bandar paling timur di Malaysia. Tak ada bandar lagi lebih timur selepas garis itu.


Maybank dan BSN merupakan bank yang aku nampak ada kat Semporna. Lain-lain bank, takde la pulak.


Masjid Pekan Semporna yang terletak dekat dengan laut.


Giant ni memang baru bukak dan menjadi tumpuan Mat Saleh yang menginap di pekan ini sementara menanti untuk ke Sipadan dan Mabul.


Dragon Inn, Chalet atas air tepi pekan. Aku nak menginap kat sini. Kadarnya RM60, RM70, RM110 dan semuanya penuh. Yang ada cuma dorm RM20. Tak mau lah. Terpaksalah aku ke City Inn. RM50 semalam. Campur tax, RM52.50.



City Inn. Tempat aku menginap RM157.50 untuk tiga malam.




Inilah biliknya. Yang bersepah tu kerja aku. Cukup la kan. Ada air cond. Ada HBO (kata ada astro.. propa lah..), ada air panas, ada kipas dinding, takde tingkap. Matilah lemas dengan asap rokok sendiri. Gatal bayar terus untuk 3 hari apasal kan?

Lepas tu, aku terus tidor untuk membayar hutang-hutang tidor aku beberapa hari nan lalu.

Aku bangun je, terus gi KFC. Tapau Snack Plate. RM10.20. Bagusnya. Kata 1 Malaysia. Apasal sini lagi mahal dari Semenanjung?

Lepas makan, aku layan FB kat tepon, aku tidor.

Sabtu, 24.07.2010. Aku bangun lambat. Dekat jam 2.00 petang. Haha. Bilik dah macam peti ais. Sejuk amat. Perut lapar, aku terus keluar ke kedai mamak sebelah. Matilar, sejauh ini pun ader pengaruh mamak lagi. Yang aku pun, hadap gak ke kedai mamak kan. DKK katenyer.

Lepas tu aku ke sebuah salon. Masuk je terus aku tanya "ini laki ke perempuan?". Niat aku nak tanya salon tu untuk laki ke perempuan.Tetiba pondan sorang yang kerja situ terpinga-pinga. Alamak. Salah tanya la. " Dua-dua boleh." jawab awek kerja situ. Aku pun suruh dia mesin kepala aku kasi gondol. Detsitlah, pondan itu yang ditugaskan. Kasar nak mampiuh.

Kemudian, aku terus ke jeti orang-orang kampung berkumpul. Aku pasti, sinilah jeti bot-bot penduduk kampung pulau berdekatan.

Aku tanya kat sorang orang tua tu. Kalau nak pergi pulau nun ada gunung tu macammana? "Kalau yang sana tu.. yang anu.. di lepas lautan tu.." jawapan dia sekerat. Lepas tu dia diam. Detsitlah. Sah-sah dia ingat aku Bukit Aman ke apa ke yang nak siasat orang-orang Suluk. Hadoi.

Orang-orang Suluk kebanyakannya pendatang dari pulau-pulau Sulu di dalam wilayah Filipina dan tak ada IC. Aku dengan kepala botak gini, badan gini, mungkin disangka polis. Sukahati kau la tok. Aku malas nak tanya dah orang-orang kat situ. Kang sure banyak kona.


Pulau hujung nun aku dah tengok peta, memang dalam kawasan Malaysia. Motif tak boleh gak gi situ? Mesti ada apa-apa ni. Cantik tu!


Jeti tempat ulang-alik penduduk pulau-pulau berdekatan ke pekan Semporna.


Pembangunan yang macam takde tanah dah nak dibangun. Laut yang ditambaknya.


Ops. Gambar hiasan.

Kemudian, aku terus ke Uncle Chang. Popular Uncle Chang ni. Salah satu agensi bawak orang ke Mabul. Dia ada rumah tumpangan kat sana. Kebanyakan pelanggan dia backpackers mat saleh. Malangnya, malam minggu kat situ yang berharga RM160 dah penuh. Malam esok boleh lah kata kerani dia. Malam esok? Kalau dah Isnin balik Semporna pukul 4, naik kapal terbang Isnin pukul 6, 70km dari sini, apa kejadahnya. Aku ambik daytrip je lah. RM100, makan pagi, makan tengahari, minum petang dan snorkeling. Pergi jam 7.00 pagi, balik jam 4.00 petang.

Aku balik bilik. Tidor. Malam tu aku keluar gi makan kan area-area jalan tambak dekat-dekat Dragon Inn. Lepas dari tu, aku balik, layan FB kat henpon, tidor.

No comments:

Post a Comment