Thursday, July 22, 2010

Kembara Ke Bandung VI

Pagi Isnin 27.06.2010. Aku tidor sesedap rasa. Penat kot. Arai ada ketuk pintu ajak breakfast. Tapi aku refuse lah. Aku nak sambung tidor sikit je lagi. Jam 10.00 pagi aku bangun. Terus ajak dia keluar. Dia dah siap pun. Aku mandi lebih kurang, siap-siap, dan mau ke mana kita hari ini? Cibaduyut! Kononnya banyak kasut dan barang kulit.

Kami cari makan dulu. Aku ajak dia makan KFC. Haha. Sedap Sehingga Menjilat Jari? Tidak. Itu Malaysia. Di Indonesia, tagline dia, "Jagonya Ayam". Ayam sabung kot dia goreng. Aku order set Yakiniku. Dia sebuah bekas yang berisi daging ayam sweet n sour, salad, nasi, air pepsi. Harga dia Rp23.000. Bersamaan dengan RM8.80. Boleh lah. Kami disinggahi seorang penjual surat khabar. Pikiran Rakyat. Surat khabar ni popular di Bandung je. Aku beli. RM3.000 senaskah. Kekira RM1.00. Maka bertambah lama la kami lepak situ sebab nak mentelaah akhbar bahasa Indonesia.

Surat khabar wajib beli setiap hari untuk mengitu pekembangan semasa tempatan.


Jagonya Ayam. Jangan ayam sabung yang kau jual sudah!


Signboard yang tak tukar-tukar walaupun dah masuk hari Isnin, dan England dah kalah.


Hah. Catering makan ayam? Menunjukkan di sini, kalau miskin, miskin sangat. Kalau kaya, siap boleh panggil KFC catering buat parti.


Dago Plaza depan KFC Dago. Kat sini terlonggok cafe 24 jam, karaoke dan menjadi tempat lepak student Universiti Padjajaran.



Kami dihiburkan dengan telatah peniaga gerai tepi jalan yang bertempiaran lari tiba-tiba. 15 minit kemudian, "bandaraya" datang dengan dua bijik lori mencari gerai buruk untuk diangkut. Wahaha. Ada khidmat tonto nampaknya disitu.

Kami kemudian terus menapak arah selatan. Dari Jl. Dago, kami masuk Jl. Merdeka. Eh. Jl. Merdeka lagi. Takde tempat lain ke. Situ je CC yang kau tau. Kami ke Cyber Cafe kejap.

Lebih kurang jam 12.30,kami keluar. Kali ni kami nak ambik aircond kat dalam Bandung Indah Plaza. Atau disebut " Bep ". Kami pun naik satu demi satu aras kat mall tu. Aku pun perhati-perhati la harga-harga yang ada. Mata aku dah berpinar tengok angka ribu-ribu kat sini. Tapi tak sampai sehari, otak aku dah pandai convert dengan pantas. Rupa-rupanya kat sini, kasut Bata tu dah setaraf Alfio Raldo kot harganya. Kasut office Bata pun dah mencapap eh.. mencapai Rp275.000. Tak ke RM105 tu? Kalau kat Malaysia, bersawang la kasut tu kat situ dengan tanda-tanda harganya sekali.

Bosan-bosan pusing dalam tu, kami keluar. Aku mintak Arai ambik gambar Jl. Merdeka dari jejantas. Paksa jugak. Aku nak gambar tu. Arai ni dia suka tangkap gambar. Tapi dia taktau dari sudut mana yang menjadikan sesebuah gambar tu sangat bermakna.

Gaya pengembara junior je si Arai saat membelah Jl. Merdeka.


Ini ler Si Arai yang cuba mengenangankan Starbucks Bandung Indah Plaza.


Kesesakan Jl. Merdeka. Kebanyakan punca kesesakan adalah akibat pengusaha Angkutan Kota (kaler ijau tu) yang agak ignorant.


Lepas ambik gambar dari jenjantas, kami decide untuk ke Cibaduyut. Terus ambik teksi Koputra yang berderet depan tu. Ye lah. Cintailah barang buatan Malaysia. Proton Wira. Drebar teksi kali ni enggan pakai meter. Wah. Berjangkit dengan drebar teksi Kolumpo la ni. "Habis.. Maunya berapa pak?" aku tanya. "Lima puluh" jawabnya. Huh. Aku OK je. Arai taknak. "Pak kalo mo naik angkutan ke sana, tukarnya tiga kali. Naik aja teksi nya." convince drebar teksi tu.

"Hang 25, aku 25. Boleh lah." ujar aku kat Arai. Arai berpikir panjang. Eh! Ngengada pulak. Kemudian dia setuju. Kami bertolak.

Aku tak kisah setakat RM18 bayar teksi bila kita boleh tengok macam-macam. Ini kat mana, itu kat mana, inul di mana-mana. Takkan nak jalan kaki kot. Melecet la kangkang. Cibaduyut tu jauh ke selatan. Selepas outer ring road Bandung.

Pemandu teksi tu ramah jugalah. Itu namanya itu. Ini namanya ini. Sampai la kami melalui stesen bas antara bandar Bandung yang menempatkan bas untuk ke Jakarta. "Kalo mau ke Jakarta, bis nya ambil di sini." terang pemandu teksi tu. "Oh.. Berapa lama pak kalo naik bis ke Jakarta." aku buat soalan untuk dia. "Oh.. Kalau ga macet, kurang lebih 2 jam, 3 jam. Kalo macet, 5 jam, 6 jam." jawabnya. "Kalo fi nya. Berapa?" sambung aku lagi. "Lima puluh ribu" jawab drebar teksi itu dengan konfiden. Tiba-tiba Arai yang duduk di belakang menyampuk dengan konfiden. " Lima puluh ribu sudah sampai ke Jakarta? Ini lima puluh ribu dari Merdeka ke Cibaduyut aja." Pemandu teksi tu senyum kerang busuk. Boleh tahan gak ko kan Arai. Dalam diam-diam ko kat belakang tu.

Kami sampai Cibaduyut dan benar, kawasan ini penuh dengan kedai kasut. Aku terbeli tiga pasang kasut kat sini. Sepasang kasut office dan dua pasang sneakers. Harga yang aku dapat antara RM25 sampai RM30. Si Arai kuat tawar menawar boleh dapat RM18. Tak koser aku nak tawar menawar. Hidup mesti mau eksen. Boleh? Hahaha. Padahal, asal tanya harga, ayat susulan dari aku pastinya "Bisa nggak dikurangin?"

Tiba-tiba aku didatangi seorang penjual pen. "Mas. Beli mas. 20 ribu.". Kepala hangguk engkau. Pen sebatang nak jual RM8. "Bisa ditulis nama. Buat hadiah." Erk. Aku perhati pen-pen lain yang dia bawak. "Di mana mau ditulisnya?" aku kehairanan. "Di sini. 10 minit mas." Penjaja berjalan itu mengeluarkan bateri basah kecik dari begnya dan wayar, dan klip positif negatif yang kecil dan cumil, dan sebatang pen pengukir. Wow! Hebat! "20 ribu itu sekali dengan tulis nama?" aku bertanya. "Iya mas!" jawabnya. Wahh. Mau! Mau! Mau! "Tuliskan namanya di sini ya." ujar si penjual pen sambil menghulur notepad.

Wau. Seni dia halus. Tulisan dia cantik. Macam diukir dengan mesin. Orang Indonesia terus terang amat kreatif dan gigih mencari rezeki. Tak macam orang Malaysia. Macam aku contohnya. Melukis, mewarna, merekabentuk, mendesign bangunan, mengimaginasi pemandangan indah-indah, semua aku boleh buat. Tetapi dok opis kerja gomen jugak akhirnya. Nak buat macammana, negara baju berkolar.

"Er... Saya mau lagi satu." ujar aku selepas selesai ukiran nama aku sendiri tadi. Dia menghulur kertas. AMIR ALI RABBANI. Nah. Siapa tu? Ntah. Aku tak kenal dah hari ini walaupun pen tu ada dalam almari kat rumah. Sapa rasa dia punya, sila datang tuntut.

Siap dua pen. Aku promote kat Arai. "Ah.. nak bagi sapa. Tak nak la." kata dia lagi. "Wei ko kata, nak cari benda yang takda kat Malaysia. Benda ni memang takde la. RM8 je kot. Takde awek, kasi la mak ke, bapak ke.." aku convince dia lagi. "Hmm.. Ok.. Ok.. " jawab Arai sambil mengambil kertas. Jalan Cibadutut yang berhabuk tu merimaskan lens aku. Aku melempar pandangan pada apa yang ditulis Arai. DATUK ABDUL BLA BLA BLA BLA. La.. anak Datuk rupanya. Takpelah, aku pun anak datuk gak. Datuk 10 cucu. Siap. Kami terus ke gerai seberang jalan. "Eh kau taruk nama sapa kat pen tadi? Awek?" aku tanya dalam dalih. "Eh. Takde lah. Aku kasi bapak aku." jawab dia. OK. Fine. At least dia ingat aku masih tak tau.

Seberang jalan tu, aku lepak sembang dengan laki bini jual anak patung. Aku berkenan dengan patung singa tengah duduk. Tapi panjangnya dekat 1 meter kot. Macammana nak usung balik? Harganya RM35 je. Kemudian aku terpandang patung-patung Upin dan Ipin. Ya ampun. Kat Malaysia takde kot. Mesti beli! Mesti beli! RM7.

"Orang Malaysia kan? Kalau di sini, anak-anak suka sama Upin Ipin." ujar bini peniaga tu. "Oh. Upin Ipin tu kalau di Malaysia kurang yang nonton! Anak-anak semua nonton kartun bule.." jawab aku selamba. "Masa sih di negara sendiri nggak ngetop. Gimana ya?" tanya dia lagi. Aku terkedu. Sebab terburuk-burukkan negara sendiri yang hakikatnya memang dipenuhi manusia beratitude buruk. Huhu.

Jl. Cibaduyut Raya


Motep ambik gambar curik!


Salah satu dari berpuluh-puluh toko sepatu di Cibaduyut.


Waa. Nak Singa tu. Tapi motep aku nak usung naik kapal terbang?


Upin dan Ipin yang glamour di Indonesia.



Aku ngan Arai decide nak blah dari situ. Masalahnya, takde teksi. Semuanya Angkutan Kota. Bab-bab berhimpit, tukar-tukar route, aku tak hadap la. Tiba-tiba ada satu teksi. Aku pun tahan. Yes. Kami pun mohon untuk di bawak ke Money Changer berdekatan. Money changer lagi? Haha. Buat spare. Money changer paling utama kat Bandung terletak di Alun-Alun. Dia punya sign board boleh nampak berbatu-batu. Aku tukar RM200 je. Terus ke Jl. Dago balik dan hujan lebat turun buat pertama kali sepanjang aku kat Bandung. Kami mintak dihantar ke restoran Gampong Aceh di Jl. Dago. Makan time. Hehe.

Kami jalan kaki balik ke Puri Gardenia. Wau. Sejuk amat! Inilah Bandung yang sebenar kot yang konon-kononnya sejuk tu. Harap hujan baru sejuk ke?

Selesai mandi, kami keluar lagi. Arai nak ke Alun-Alun balik. Nak cari CD. Kami ambik teksi ke sana. Sampai sana macam pasar malam. Cuma jam 9.00 semua pakat kemas nak balik. Kalau sini matahari tenggelam pukul 5.30 petang, 9.00 malam tu dah macam jam 11 malam kot kat Malaysia ni.

Aku beli belt kulit 2, belt kanvas 2. Semua sekali RM10. Hehe. Kemudian kami lepak kat dataran Masjid Raya Bandung. Kami pun terpengaruh dengan lastik lampu berkipas yang dijual di situ. Aku sempat beli 4 set. RM10. Huhu. Lepas pada itu, kami ambik teksi untuk... Arai nak pergi pijit-pijit pulak!

Macam biasa (biasa la sangat), di ke area Cibadak, aku ke Jl. Merdeka. Jumpa kat CC tu nanti lepas urusanmu selesai. Lepas turunkan Arai, aku sembang-sembang dengan drebar teksi yang gayanya, lebih muda dari aku. Aku mintak dia datang ke Puri Gardenia untuk jam 4.30 pagi satgi untuk hantar aku ke airport. Dia setuju. Tetapi... "Kalau pagi gitu ya mas, argon ga dipakai, ya mas." ujarnya. Aku paham. "Kalau 50 bisa nggak?" aku sengaja letak harga. "Mas, pagi kaya gitu, saat enak-enak tidur tu.. lebih dikit mas.. kalau 70 gitu.. bisa nggak?" tanya dia. Amboi. Demand hang kan? "OK.OK.Tapi Jam setengah empat ya mas." jawab aku.

Aku turun di depan Bandung Indah Plaza yang dah lengang, dan terus ke KFC yang hingaq. Belanda tengah main. Punya la ramai penyokong Belanda. Oh Lupa. Indonesia kan merdeka dari Belanda. Lepas melantak Yakiniku, aku ke CC di premis tak jauh dari situ. Dalam jam 11, Arai sampai. Kami online kejap. Kemudian kami decide untuk jalan kaki pulang. 2.3 km tu. Takper. Sekali sekala. Sejuk-sejuk camni.

Tiap kali melintasi budak-budak melepak kat gerai haram atas tempat pejalan kaki, aku akan buat-buat sembang ala-ala orang Indonesia dengan Arai. Untuk keselamatan diri. Wakaka. Kami singgah lagi di Gampong Aceh untuk pekena kopi. Kemudian kami teruskan perjalanan.

Empat hari di sini membuatkan aku kadang-kadang tersasul ngobrol Indonesia dengan Arai. "Ko jangan cakap Indon boleh tak. Aku rasa macam nak pukul je." Arai menunjukkan rasa kurang senangnya. Hahaha. Jam 12.30 kami sampai ke penginapan. Sebelum tidur, aku salam ngan Arai, mintak nombor phone dia. Flight aku 6.05 pagi japgi. Flight dia jam 12.00 tengahari. Aku pun kemas-kemas barang, dan landing atas katil.

Tak sampai 5 minit lelap (ikut otak aku), telefon bilik berdering. "Pak, taksinya udah tunggu." Haiyo. "Jam berapa sekarang, pak?" aku tanya receptionist tu. " Sudah perempat empat." jawabnya. What? 4.15? Aku terus salin baju. Tak mandi kot. Sejuk nak mampos. Takde air panas. Ko bayar murah nak air panas bagai! Lebey la! Jam 4.30 aku terus ke lobi.

Teksi mamat tadi dah ada kat luar. Rupa-rupanya dia dah dok situ dari pukul 3 pagi. Siap tidor dalam teksi. Kami bergerak ke airport. Tak sampai 15 minit, kami dah sampai airport.

"Nah, 100. Bakinya, sedekah saya buat kamu." ujar aku. "Hah? Terima kasih. Terima kasih mas. Moga selamat sampai mas." jawab mamat teksi tu dengan gembira sambil lekas-lekas keluar tolong aku angkat beg. Airport masih sunyi. Ces.

Dekat jam 5.30, barulah kaunter check in bukak. Sempat memerut lagi. Beg yang aku galas cukup berat ditambah dengan beg kecik yang berisi kasut empat pasang. Aku letak beg kecik ke bagasi yang aku beli up to 15kg. Haik. Baru 3 kg. "Kalau yang itu ga mau di masukkan? Yang beli 15kg. Aku letak beg aku yang berat nak mampuh tu. Hah! Ngam-ngam 15kg. Pandai mamat kaunter tu. Berlenggang aku masuk pesawat!

Pesawat berlepas ikut waktu. Cuma 4 hari, tapi aku dah mula suka dengan Bandung. Kepenatan aku tak terasa langsung bila mengenangkan semua pengalaman aku kat sana. CUMA, bila pikir balik yang kejap lagi, sampai LCCT, kena balik rumah, mandi, pakai baju kerja, masuk ofis, terus penat tu datang bagai nak rak.

Airport Husein Sastranegara. Ia sebenarnya merupakan lapangan terbang tentera udara yang dipinjam.


Apapun, tahniah lah kat diri aku sebab berjaya menyelesaikan Kembara Ke Bandung tanpa booking hotel, tanpa persediaan study itu ini. Yang pasti, aku akan kembali lagi.

Esok, 23.07.2010, aku akan terbang lagi. Kali ini ke Semporna, Sabah. Wah. Mengembara la kau di alam nyata sebelum engkau dikembarakan ke alam barzakh. Huhuhu.

No comments:

Post a Comment