Thursday, April 29, 2010

Selamat Menyambut Ulang Tahun Pertama H1N1

Hari ini 29 April. Genap setahun yang lalu, pada hari ini, loceng kecemasan tempat saya bekerja dibunyikan bagi menandakan kami semua perlu bersiap sedia dengan ancaman H1N1. Ada yang panggil Esh Satu Enn Satu. Ada yang panggil Heenee, ada yang panggil Hesh One Enn Satu dan ada yang sebut Hesh Satu Enn One.

Bermula dari tarikh tersebut, saya bekerja 7 hari seminggu bagi menyediakan borang saringan di Lapangan Terbang Antarabangsat KL di Sepang. Sebab apa antara bangsat? Sebab pada suatu hari, semasa saya tiba di Pejabat Kesihatan KLIA, seorang pakcik berbangsa kulit putih dengan selamba telah meludah ke atas jalan yang hampir-hampir mengenai saya. Selain itu, kehuduhan perangai mat-mat saleh yang saya telah saya saksikan di Thailand mahupun di Malayland membuatkan saya memanggil mereka dengan nama Bangsa-T. T itu bermaksud Tongong. Kalau anda nak jadikannya Terbabi atau Terbastard atau Terbarua atau Terpepek pun, silakan. Apa2 saja. Dipendek kan namanya, menjadilah ia perkataan Bangsat. Maka oleh kerana pintu masuk mereka untuk bergerak dari sana ke sini adalah di KLIA, maka di sinilah perantaraan bangsat-bangsat ini melestarikan kembara mereka. Jadi sesuailah dengan nama Lapangan Terbang Antarabangsat Kuala Lumpur.

Maka sejak 29 April 2009, saya dan compatriot saya telah bekerja 7 hari seminggu kerana bos saya kata " No cuti. Kecuali mak mati atau ayah mati." Wau garangnya. Tapi garang lagi ketentuan Tuhan. Dua bulan kemudian, bapa bos saya dipanggil menemui ilahi ketika perang atas H1N1 belum lagi selesai. Innalillah.

Kami berperang bak soldadu-soldadu Russia menentang Poland. Ada ke? Hantam saja. Akhirnya semboyan penamat dibunyikan pada bulan Oktober. Meriah lah poket, berpadananlah dengan kemeriahan tulang temulang yang bagai dah reput dek kertas, dah lekang dek kertas juga.

Hari ini, 29 April 2010, saya pun mengangkang di ofis menunggu bos saya call untuk jumpa. Mengangkang bukan bererti melacur atau menyerahkan diri untuk memuas nafsu yer. Mengangkang cakap orang Perak, takder kojer la Chor!

Tiba-tiba seorang suster (nurse baju biru muda) yang berjalan dengan sempurna i.e. tidak ngesot, datang mengambil risalah. "Eh.. You inda ambil suntikan H1N1 kah?" tanyanya dalam pelat Sabah. "Tak mau lah sister. Baru baik selsema. Tak ada apa pon.." aku jawab selamba.

"Eh.. rugi kamu tida ambil. Kalau di klinik swasta seratus ringgit sekali cucuk. Pergi lekas. Nanti habis.. First come first serve.. Aku kalau boleh semua anak aku aku mo kasi cucuk.." ujarnya.

"Tapi dulu tahun lepas bulan 6 dah ambik la sister." aku menjawab. " Itu influenza. Bukan H1N1 vaksin. Yang ini H1N1 vaksin." jawabnya.

Aku berfikir untuk kali yang ke satu setengah. Setengah lagi aku fikir fasal perut yang belum breakfast. "Baiklah. Sister, sila layan diri sendiri ya. Saya nak gi inject." jawab aku dan terus naik ke tingkat dua.

Tu dia beratur panjang macam nak masuk AF semuanya. Tapi peserta lelaki kurang. Jadi dapatlah saya golden pass, datang bukak butang, londehkan kolar, tup, siap. Itu saja? La. Senang benor.

Seketika kemudian, seorang petugas menemui saya. "Encik tak ambik ini lagi ke?" sambil menunjukkan sehelai kertas. Memang la tak ambik lagi puki. Kau tak nampak tangan aku kosong takda apa-apa sedang orang lain pegang kertas tu.

"Borang apa pulak ni.." tanya aku. "Ini bukan borang. Ini nombor pegawai kami, Dr. Alias yang menguruskan pemberian vaksin ini." jawabnya.

"Oh... bak sini satu" jawab aku. Aku pun membelek membaca. Benda paling atas ialah "Jika anda ada alahan ubat vaksinasi dan imunisasi, sila hubungi pegawai bertugas." Pergh. Nasib baik aku takde allergy ubat. Kalau tak, memang kes naya.

Lepas tu aku terbaca satu perenggan yang tertulis " Jika anda mengalami kesan-kesan sampingan dari penggunaan ubat ini sila hubungi Dr. Alias bla bla bla."

Well. Untuk beberapa saat, aku terasa aku tertranspom menjadi seekor tikus putih berwajah comel, sedang berada di sebuah makmal dengan perhatian rapi para saintis yang sedang mencuba satu formula baru. Bak kata cerdik pandai "tikus makmal yang selamat adalah lambang kejayaan umat manusia" . Binatang!

No comments:

Post a Comment