Friday, April 30, 2010

Sumpah! Saya Memang Baik Hati!

Saya seorang tuan rumah yang baik hati. Saya selalu menjaga tutur kata saya. Saya tak suka membuat orang sakit hati dengan saya. Kalau dia sakit hati juga, dia perlulah buat pemindahan hati kerana itu mendakan hatinya telah rosak. Saya sayang kawan-kawan saya. Terutamanya penyewa-penyewa bilik dirumah saya yang saya manjakan hingga berlebih-lebih pulak level kemanjaan tu. Kalau Farmville, ada la level 40 kot. Banyak bukan? Tetapi itu bukan bermakna hati saya boleh disakiti. Kerana saya silent-silent volcano yer. Eruption means end of civilization. Mampu? Berikut adalah alternatif di sebalik gambaran tutur kata yang sopan, kalau-kalau saya berhadapan dengan karenah penyewa-penyewa bilik di rumah saya yang saya sayangi lagi saya manjai:

1. Apabila pintu grill tidak dimangga.
Luahan saya di mulut :
Pintu besi tu mangga tau. Nanti bangla masuk. Kunci rumah area sini banyak yang sama...
Luahan saya di hati :
Hoi.. kau ingat aku ni Ali Baba ke yang berbesar hati menerima bapak penyamun jadi tetamu? Wah.. wah wah.. mentang-mentang harta benda korang semua dalam bilik. Atau korang menanti bangla masuk? Nak cik ndut dengan bangla ke? Korang tuh dah la sukar diramalkan! Sentaplah tenant gini.


2. Apabila lantai kotor dek tapak kaki dari bilik air.
Luahan saya di mulut :
Uih.. bertompok-tompok. Rumah aku ke ... kandang kuda ni?
Luahan saya di hati :
Binatang. Aku baru mop kelmarin. Dah la malas nak mop. Buat kotor pulak. Aku ni tuan rumah ke? Atau pembantu rumah warga tempatan? Kang aku bancuh milo pakai air mop, merasa la korang julap versi lantai. Bela babi pun tak susah macam ni. Jap.. pernah ke aku bela babi? Astaga.


3. Apabila selipar dipakai di dalam rumah.
Luahan saya di mulut :
Eh.. Dah bersih dah... Tak payahlah pakai selipar..
Luahan saya di hati :
Woi! Tak sekolah ke! Ko ingat ini dangau tunggu durian? Pakai selipar pi sana, pi sini. Habih satu rumah kau sebarkan bakteria, kuman, virus, racun. Eii.. Keturunan wali-wali agung pun tak berlapik kaki dalam rumah. Atau kau tahu kau tak diterima bumi? Sebab tu kau takut nak pijak bumi.. Jap.. rumah aku bukan atas tanah. Ah! Apa-apa je lah!


4. Apabila menyaksikan kegiatan berhangkut berleluasa.
Luahan saya di mulut :
Wahh.. meriah....
Luahan saya di hati :
Yang bawak balik entah mana punya gurkha ni apasal? Entahkan penyamun, entahkan kaki pukau. Kalau kaki pakau takpe. Boleh aku urut daun sekali. Nak cikndut pun biarlah dengan steady partner. Kau ingat rumah aku Hotel Ambassador Bukit Bintang ke hapa? Kang kena jerut ke.. kena rodok ke ... sampai berulat dalam bilik tu.... aku gak turun naik mahkamah. kalau insurans boh nama aku takpe la jugak! Choi lah!


5. Apabila ternampak tangan dilap pada langsir.
Luahan saya di mulut :
Haa.. haa... ha... cuba pakai kain buruk kat dapur tu.
Luahan saya di hati :
Hoiiii! Aku beli langsir satu rumah ni RM250 tau tak. Sekali bilik-bilik engkau pun langsir subsidi. Kakak aku buat susah-susah, turun naik Nagoya nak cari fabrik yang cantik, engkau selamba opah engkau je lap tangan. Kalau tangan selalu pegang konek mencikloi memang macam ni ke? Biadap kau ni kan?


6. Apabila pinggan tak basuh bertimbun.
Luahan saya di mulut :
Wah.. pameran pinggan dalam sinki namanya ni.
Luahan saya di hati :
Ni sapa malas benor nak basuh ni? Pi panggil adik akak korang. Biar aku gaji jadi maid. Biar aku tunjukkan karma kemalasan kau tak payah tunggu reincarnation untuk menjadi nyata. Atau pun korang nak aku call mak korang datang basuhkan? Eiii.... Last-last, aku jugak basuh. Eeee.....


7. Apabila sampah tak buang berlonggok
Luahan saya di mulut :
Agaknya, bila la nak ada servis macam kat Presint 14. Bayar RM10 sebulan, sampah angkut depan pintu.
Luahan saya di hati :
Eiii! Hanjeng lah. Apasal rumah aku jadi macam ni. Aku ni duduk dengan orang lumpuh ke? Matilar aku macamni. Atau aku duduk dengan keling botol? Kalau boleh recycle sampah ni jadi makanan, memang ini lah makanan ruji korang gamaknya. Hadoi. Cukup tahun, duduk IJN buat bypass. Kalau aku curah sampah ni depan pintu bilik dorang baru dorang tahu. Tapi... ini rumah aku... Takleh.. takleh...


8. Apabila melihat rumah yang bersepah, berhabuk dan tunggang terbalik setelah pulang dari outstation.
Luahan saya di mulut :
Hadoi la.. Taufan Katrina melanda kah? Mati la Datuk Bandar New Orleans gini.
Luahan saya di hati :
Musibatul-akbar betul la. Muka nak cantik. Bau nak wangi. Sebatu pun dah bau wangi. Kulit nak halus. Tapi boleh duduk dalam tongkang pecah ni? Malangnya aku duduk dengan pondan OKU. Kurang upaya untuk peka terhadap kebersihan sekitar. Budak down syndrome pun reti kemas rumah. Kang aku caj RM100 sorang tiap bulan sebagai upah tanggung kerja orang gaji dalam rumah ni kang, tarik muka. Elok pun tarik.. biar buruk ... seburuk perangai tuh!


Itulah antara luahan terpendam saya. Hajat hati mahu lepaskan. Tapi mak saya pesan. (Flashback ala-ala dalam pilem) " Kalau tak suka seseorang kawan tu, buat-buat je lah suka. Better than quarrel." ujar mak aku yang sebenarnya tak tau pun cakap omputeh. (Flashback End. Fade out to next fade in) Tapi saya nak ingatkan jugak lah. Dalam dunia jenis kita ni, saya sepatutnya telah lama luahkan apa di dalam hati itew. Kerana carutan pedas dan laharan maut kan adalah sebahagian dari Ketamadunan PLU. Kau sentap? Go and commit suicide. Gitewlah ketamadunannya. Tapi hakikatnya, penghuni rumah saya TIDAK memiliki sifat-sifat jahiliah di atas. Sebab itulah saya masih senang hati menerima mereka sebagai housemate. Terima dengan tangan, pintu bilik dan seluar yang terbuka. Mereka semua learned dan enlightened. Walaupun..

No comments:

Post a Comment