Monday, April 26, 2010

Ia Bukanlah Sains Roket

Ah... sampai dirumah.... Tapi... Arghhh... rumah berhabuk!!! Aper la nak ditunggukan, akak tu pun capai mop, fabuloso. Bukak kipas pada kelajuan heli.... dengan dua kipas siling tergantung kat hall... akak sebelah tu pun mula mengemop lantai...

Petak demi petak dimopnya ikut susunan jubin lantai... Peluh membasahi dahi, leher, ketiak, malah dicelah bulu ari-ari...

45 minit kemudian, siap lah proses mengemop.

Tapi, alangkah rasa nak tendang TV kasi tebalik, akak tu menyimpan bahang hatinya bila melihat anak-anak pak engku di rumah itu memakai selipar dalam rumah dan memungut kotoran di dapur dan di mana-mana jua yang masih ada kotoran, lalu disebarkan dalam rumah.. petak demi petak. Kalau sebab rumah tu berhabuk, jangan la jadi

Sakit pulak hati akak tu bila mendapati lantainya yang dimop itu kembali kusam dalam tempoh 24 jam...

Lebih sakit hati kata akak tu ialah bila dia bukanlah maid dalam rumah tu.. tetapi tuan tanah kedaung.

Sampah berminggu-minggu tak dibuang. Jijik kah? Kalau tubuh badan, semua mau bersih. Tapi kalau atitud kat kebersihan sekitar tak ada, ternyatalah kebersihan diri dan paras rupa hanyalah bertujuan untuk menjaja badan untuk sekelumit nafsu?

Pesan akak sebelah tu, kalau malas mengemop, jangan buat kotor. Kalau malas buang sampah jangan buat sampah. Orang terencat akal pun boleh paham katenyer. "Ia bukanlah sains roket yang rumit" katanya lagi.

Menurutnya, notis bertulis arahan mengosongkan bangunan akan dikeluarkan sekiranya dia mencapai tahap didih.

Katanya lagi, dah la rugi, penat pulak tu! Kesian...

No comments:

Post a Comment