Saturday, January 2, 2010

Hotel Ambassador : Coming Soon @ Kak Ara

Tahun 2010 membawa makna baru buat Kak Ara, pengusaha gerai pinggir lorong di Bukit Bintang dengan bakal terbukanya sebuah hotel baru di bangunan tempat dia berteduh di belakangnya itu.

Berteduh katanya. Wajarlah disebut berteduh yer kerana tanpa bangunan tersebut habis kerusi meja gerai dan payungnya ditiup ribut senja.

Bangunan tersebut keseluruhannya akan menjadi Hotel Ambassador yang mana Pizza Hut yang telah lama bertapak di situ nampaknya akan menjadi penumpang di bangunan hotel itu.

Hebat sekali. Walaupun Pizza Hut bukak dulu, Hotel ini pasti menyebut "Hotel kami Pizza Hut pun ada!". Tak gituh?

Berikut temubual eksklusif bersama Kak Ara :

Encik Dark : Meriah akak lepasni. Tuh hotel baru nak bukak. Enam tingkat tu.

Kak Ara : Kau tengok akak gemok ke kurus? Rambut akak okei tak? Budak-budak pondan ni la potong.

Boleh? Tanya lain jawab lain. Lantak kau lah disitu Kak Ara.

Maka dengan terbukanya Hotel Ambassador setinggi 6 tingkat ini, pastinya ia akan menjadi sebuah lagi destinasi penginapan percutian bajet (hot) para pelawat dari seluruh negara yang membuat ziarah ke Bukit Bintang.

Hotel ini juga dijangka dimeriahkan oleh golongan saudaria kita yang sentiasa riang ria disekitar Kedai Kak Ara.

No comments:

Post a Comment