Saturday, January 2, 2010

Fotografi Di Bangunan Sultan Abdul Samad

Ini baik punyer. Kepada korang, korang, korang dan korang yang ada adik beradik, saudara mara, keluarga muarga, yang berijab-kabulan dan ingin pose-pose gedik dan manja di Bangunan Sultan Abdul Samad untuk sesi fotografi pengantin, maka bolehlah menghubungi saya melalui encikdark@gmail.com untuk menyampaikan rasa keinginan anda untuk bergambar kenangan menjadi raja sehari dan berpose pose maut, separa maut, suku maut, atau apa-apa maut kecuali kemalangan maut, (choi lah), berlatarbelakangkan bangunan berusia 115 tahun ini, wajib lah untuk anda menghubungi saya.

Ataupun kalau korang, korang dan korang nak jadi middle man pun boleh jugak. Caj je la berapa yang patut. Biar si pengantin tu rasa. Ko hengat kahwin pakai sikit duit? Layak la kau bayar kosnya yang tentu melampau-lampau, bukan? Maka peliharalah warisan kita untuk diabadikan seratus tahun lagi dalam album perkahwinan sesapa yang korang, korang dan korang kenal.

Sori yer, terpaksa sebut orang selain dari korang, korang, dan korang. Sebab korang, korang dan korang macam taknak kahwin je. Er..

Kerang rebus.. kerang rebus..

No comments:

Post a Comment