Friday, January 1, 2010

Cacamarba Ambang 2010

Saya tidak dapat menyambut dentam-dentum kembang api di Bukit Bintang untuk sambutan New Year kali ini. Ini kerana tahap keulat-taikan Bukit Bintang boleh dikesan sejak lewat petang lagi. Ini ditambah pula dengan penyakit hedonisme di negara ini yang akan berleluasa dengan memakai nama "seni" apabila Kuala Lumpur dilancarkan sebagai Kota Festival 2010. Adik-adik, jangan shuffle di festival zapin sudah...

Saya memilih untuk ke Bukit Ampang. Malangnya, jalan ke Bukit Ampang jem sampai ke Bukit Bintang. Haha. Tidak. Itu tipu yer. Jalan jem sampai simpang bawah tu. Jadi saya buat U Turn lalu terus ke KL. Malang sekali, ketika di simpang Taman Kosas, begemerlapan kerdipan bunga api di horizon Kuala Lumpur dan saya seperti ingin menghantuk kepala jendul ini ke stereng kereta. Tak mengapa.

Saya memintas Jalan Ampang menggunakan AKLEH. Sungguh malapetaka apabila baru sampai Hotel Flamingo, kesesakan telah berpanjangan dari tol nun. Pukimak sungguh yer.

Oh ya. Baru saya ingat. Semasa ambang 2009, saya melalui jalan ini. Dan saya teringat bahawa beribu-ribu monyet dunia ketiga pasti sedang berhentikan kereta mereka dua tiga lapis di penghujung lebuhraya bertingkat itu untuk melihat bunga api di KLCC. Arghhhhhhhhh!!!

Zaman berubah yer. Tetapi ada manusia tak mungkin berubah. Kekal bodoh lagi hina.

No comments:

Post a Comment