Friday, October 29, 2010

Ironisnya Gunung Merapi


Takdir Tuhan sekelian alam memang tidak siapapun dapat menghalang. Walaupun jelas bahawa ada perkara tertentu yang boleh dikatakan bukan urusan Manusia untuk menentukan, sesetengah manusia memang cuba mengatasi hal yang begini untuk terus berpegang kepada prinsip sendiri.

Contohnya apabila gunung berapi yang merupakan urusan Tuhan yang menentukan fitrah proses pembentukan alam ini di dampingi oleh manusia dengan menyebut dirinya sebagai juru kunci malah sebagai penjaga, kadang kala hal yang begini membawa kepada kemudharatan terhadap pegangan sendiri malah terhadap diri sendiri.

Mbah Maridjan, seorang yang alim, menghabiskan masanya berzikir dan berwirid ke hadrat Allah SWT memohon agar Merapi tidak mendatangkan bencana, dikatakan adalah warisan Islam Kejawen yang masih tebal fahaman mistis animis yang menganggap gunung berapi boleh di kuci dan dibuka.

Akhirnya, beliau dan 30 lagi orang yang sebahagian besarnya pasukan penyelamat yang ingin memujuknya turun, maut dibakar gumpalan debu panas bersuhu 600°C yang meluncur turun dan mengganyang perkampungan Mbah Maridjan.

Lebih sedih, Mbah Mardjan telah bersetuju untuk turun dari kediamannya dan memohon untuk mendirikan solat terlebih dahulu. Mayatnya ditemui dalam keadaan bersujud menghadap kiblat dan diyakini sedang mendirikan solat saat debu panas menerjah perkampungannya.

Berfikirlah kita bahawa apa perlunya manusia menjaga dan mengawal sesuatu yang bukan urusannya sehinggakan para fanatiknya lebih mendengar katanya berbanding kata-kata pakar vulkanologi.

No comments:

Post a Comment