Tuesday, October 26, 2010

KL FM Yang Kelakar

On the way aku balik dari Shah Alam lepas FFM kemarin, aku saja pasang KLfm. 97.2. Masa tu rancangan dia "Tempat paling menarik anda pernah lawati di Malaysia".

Wah. Kalau macamtu, bersedialah untuk explore kan. Penyampai bertugas ni mesti handal nih bab-bab pelancongan kan. Gitu lah resmi penyiaran.

Tapi, takde la nak kata aku lagi terrer kan, aku rasa banyak diantara kita yang lagi terrer dari dia. Malu la wei. Anda berada di udara. Jangan lupa bumi yang nyata. Haha. Dilakonkan semula perbualan dengan penelefon pada fateful 11.00 malam, 24.10.2010 itu. Walaupun tak 100% serupa tapi isikandungannya 100% betul :

DJ (Penyampai) : Ya, kakak. Mana agaknya tempat paling menarik akak pernah pegi?
TC (Tukang Call) : Bagi akak, Mabul la.
DJ : Mabul? Kat mana tu?
TC : Pulau Mabul kat Semporna.
DJ : Oh. Mabul tu pulau yer?
TC : Yer. Air dia jernih.
DJ : Tapi Mabul tu sekitar mana kak? (Cuba menambah lagi kebodohan)
TC : Mabul tu dekat dengan Sipadan.
DJ : Oh. Dekat Sipadan la?
TC : Yer Sipadan.
DJ : Jadi Mabul tu Sipadan la ye kak? (Menambah lagi kan..)
TC : Tak, Mabul tu Mabul la. Dia berhampiran Sipadan.
DJ : Ooo (Nampak blur disitu)
TC : Pulau dia macam cendawan.
DJ : Eh.. Macammana tu?
TC : Macam cendawan. Air dia bersih.
DJ : Ada rumah ke pulau tu.
TC : Ada. Penduduk dia Bajau Laut.
DJ : Ohh..

Dan aku terus tukar Hits FM sebab tak sanggup lagi mendengar ketongongan seorang penyampai radio yang sedang ke udara dan didengari beribu-ribu orang.

Apa nak buat. Nama pun RTM. RTM tak menghargai ilmu. Dia menghargai sesiapa yang berkecenderungan meminati rancangan mereka. Itu yang aku tahu berdasarkan temuduga yang lalu.

Hahaha.

No comments:

Post a Comment