Sunday, May 2, 2010

Petikan Skrip: Pulau Sembilan (#23)

23(d/d).

TIBA-TIBA SANTAPAN HABSAH TERHENTI. MATANYA MERENUNG LAUT DENGAN PANIK. KETAM BAKAR YANG DIPEGANGNYA JATUH. DAUD DAN NOR JUGA TERPERANJAT.KELIHATAN API MENYALA DI PINGGIR PANTAI SATU PERSATU. MEREKA MEMANDANG SESAMA MEREKA. TIGA OBOR YANG DIBAWA OLEH TIGA LELAKI BERGERAK MENUJU KE TEMPAT MEREKA.

NOR
(V.O.)
Pak.. Pak balik.. Mak.. Aut..


HABSAH MENGUKIR SENYUMAN. TETAPI DAUD MENGISYARATKAN AGAR NOR DIAM. SETELAH ITU AIR MUKA KETIGA-TIGA BERANAK ITU BERUBAH KETAKUTAN.

HABSAH
Ya Allah!

NOR
Mak.. Noq takut.. bukan pak..

TIGA LELAKI BERBADAN TEGAP DENGAN PEDANG PANJANG TIBA DI PERTEDUHAN MEREKA. KETUANYA TERUS MELETAKKAN PEDANG NYA DI LEHER DAUD YANG KETAKUTAN. HABSAH MENJERIT.

HABSAH
Jangan! Anak aku!

LANUN 1
Buat apa di sini kau anak beranak?

DAUD
Perahu pecah. Kami nak pi Pangkor.


LANUN-LANUN KETAWA BERDEKAH-DEKAH.

LANUN 1
Pelarian Kedah! Ini lah Pulau Pangkor. Pangkor mana lagi? Kutip semua harta Kedah. Kau! Selongkar dan kutip apa yang ada.

LANUN 2
Macam tak ada apa-apa yang bernilai.

LANUN 1
Bodoh!

LANUN 1 MERANGKUL TANGAN NOR. NOR MENJERIT. HABSAH MERAUNG. DAUD CUBA BANGUN TETAPI DITERAJANG DAN DIPIJAK KEPALANYA KE PASIR OLEH LANUN 3.

LANUN 1
Yang ini besar nilainya!

NOR
Mak.. Matilah Noq mak!

HABSAH
(Meraung)Jangan! Jangan ambik anak aku!


LANUN 1 MENENDANG MUKA HABSAH. HABSAH PENGSAN. DAUD YANG DIPIJAK DAN DIHUNUS PEDANG MERONTA. NOR MERONTA SAMBIL MULUT DIPEKUP OLEH LANUN 2.

LANUN 1
Kau! Bawak perempuan ni ke perahu.

LANUN 1 MENOLAK LANUN 3 KE TEPI.

DAUD
Mak.. Noq.. (Menangis)

LANUN 1
Budak ni pun manis!


DAUD KETAKUTAN DAN MERONTA-RONTA. KEKUATAN LANUN 1 TIDAK DAPAT DITANDINGI OLEHNYA.

DAUD
Jangan! Jangan! Tak mau!


LANUN 1 MENUMBUK MUKA DAUD. DAUD TERLENTANG PENGSAN.

FADE-OUT

No comments:

Post a Comment