Wednesday, May 5, 2010

Petikan Skrip : Cerucuk (#99)

99.

1330 - 115/5050

FADE-IN

EXT. SEBUAH PASARAYA BERHAMPIRAN KEDIAMAN MAAROF
JIRAN MAAROF 1 (RUJUK 95(b/b).)YANG BARU LEPAS MEMBELI-BELAH TERSEREMPAK DENGAN SEORANG LAGI PENDUDUK DI APARTMENT MAAROF, JIRAN MAAROF 2. DIA MELAMBAI DAN MEMANGGIL SAHABATNYA ITU DENGAN NIAT UNTUK MENCERITAKAN SESUATU.

JIRAN MAAROF 1
Taha! Taha!

JIRAN MAAROF 2 MENOLEH DAN BERALIH HALUAN MENUJU KE JIRAN MAAROF 1.

JIRAN MAAROF 2
Apa hal, Karim?

JIRAN MAAROF 1
Kat tingkat aku duduk tu, rumah hujung tu, kau kenal tak siapa?

JIRAN MAAROF 2
Oh.. Budak tu? Ada kat surau semalam. Tapi tak pulak aku siasat nama dia. Bukan bercampur orang dia tu. Apa hal nya?

JIRAN MAAROF 1
Baru kejap tadi, aku dengar dia dok menjerit-jerit dalam rumah. Maki-maki.

JIRAN MAAROF 2
Ishh! Tak payah campur lah rumahtangga orang.

JIRAN MAAROF 1
Budak tu bujang. Duduk sorang-sorang.

JIRAN MAAROF 2
Kau ni pun. Entah-entah bini dia kat kampung. Lepas tu tak dapat nafkah batin. Lepas tu call dia tuntut fasakh. Dah tentu la dia mengamuk.

JIRAN MAAROF 1
Fuiyo. Dahsyat kau punya hipotesis.

JIRAN MAAROF 2
Bukan hipotesis la. Itu adalah alasan rekaan aku demi untuk bersangka baik sesama manusia. Faham?

JIRAN MAAROF 1
Tapi... kalau dia maki-maki dalam telefon, apa halnya yang dia jerit berambus.. berambus... maknanya ada la sesiapa dalam rumah dia kan?

JIRAN MAAROF 2
Hmm..... Macam ni lah. Aku sarankan supaya kau berfikir yang dia tengah baca skrip drama.

JIRAN MAAROF 1
Kepala hotak engkau. Dia tu kerja tapak bina.

JIRAN MAAROF 2
Kalau macamtu, kau anggap lah yang dia tengah practise nak halau penunggu tapak bina.

JIRAN MAAROF 1
Kau ni yang merepek tak tentu pasal kenapa?

JIRAN MAAROF 2
Bukan. Menurut apa yang aku tahu, menduga-duga benda yang kita tak tahu dengan sangkaan buruk tu lebih bahaya dari fitnah. Sebab dari dugaan yang macam tu lah lahirnya fitnah. Reti?

JIRAN MAAROF 1
Aku cuma nak bagi tahu je. Aku tak kata dia apa-apa pun.

JIRAN MAAROF 2
Tapi, dari cerita kau, orang akan cerita kat orang lain, lepas tu orang lain tu akan cerita kat orang lain, cerita tu dah bertokok tambah. Yang memulakan tu siapa? Sebatang mancis boleh membakar rumah, Karim.

JIRAN MAAROF 1
Tak per lah. Aku nak balik dulu.

CUT-TO

No comments:

Post a Comment