Friday, May 7, 2010

Carutan Jumaat : Jika Takut Dilambung Ombak...

Orang Nepal kata, " kalau takut dilambung ombak, marilah berumah di pergunungan Himalaya". Yer lah u all, di Nepal tak ada laut. Begitu juga kata orang Bangladesh, " kalau takut avalanche, jangan berumah di Utara Nepal ". Salji tebal sangat katanya.

Banyak perumpamaan yang membawa otak kita ini ke alam yang lebih terang. Kecuali bagi mereka yang bodoh, dungu dan lambat pick-up. Maka golongan ini berada di dalam zaman kegelapan dan zaman renaissance seolah-olah impian yang tak tercapai dek akal mereka.

Kedunguan sesetengah manusia tidak pernah berlaku dalam bidang kewangan. Itu yang menghairankan. Sebodoh-bodoh manusia yang lembab itu, wang adalah kayu ukur bagi mereka berdiri sama tinggi, duduk sama rendah, burut sama kengkang dan tempang sama hencot dengan orang lain.

Sesetengah itu hanya memperoleh wang dengan menggadai badan dan seharusnya, mereka tidak perlu ke sekolah yang mengakibatkan ibu-bapa mereka kerugian hampir RM1 juta ringgit membelanjakan segala kos untuk menyekolahkan mereka.

Sedar atau tidak, jika kehenseman manusia atau kecantikan paras rupa itu merupakan kecacatan, nescaya ianya merupakan kecacatan paling tinggi nilainya dalam ketamadunan manusia.

Tetapi cukupkah sekadar kehenseman sahaja? Otak yang relevan juga perlu yer. Jika muka cantik tetapi huduh buruk kelakuan dan tandus kesedaran dan keprihatinan, ianya turut dikategorikan sebagai kecacatan.

Jadi, bak kata pepatah Venezuela yang berbunyi, masuk kandang gajah berbelalai dan masuk kandang tapir berhitam putih, seseorang yang tidak berotak itu haruslah sedaya upaya untuk mencari otaknya yang hilang jika berada dikalangan para pengamal ilmu carutan tanpa had.

Kembali kepada pepatah Nepal, " jika takut dilambung ombak, marilah berumah di pergunungan Himalaya"

No comments:

Post a Comment