Thursday, May 6, 2010

Mengapa Saya Tidak jadi Penyanyi

Kejadian berlaku ketika saya berumur 7 tahun. Saya suka menyanyi. Setiap hari saya menyanyi lagu Layang-Layang Putus Tali, dari kumpulan Alleycats yang popular pada waktu itu. Saya boleh membaca pada waktu itu walaupun saya tidak pernah masuk tadika. Sebab saya tidak minum susu lembu. Saya minum santan je.

Oleh yang demikian, saya telah berjaya menghafal lagu Alleycats tersebut hasil membaca dan menghafal dari lirik lagu yang terselit di URTV.

Oleh kerana kemenyampahan dengan sikap saya yang suka menyanyi di dalam kelas, Cikgu Salmah, Cikgu Syarifah dan Cikgu Faridah telah mendajeikan saya dengan menyuruh saya membuat persembahan.

Rupa-rupanya, di hari persembahan, barulah saya tahu yang berjuta-juta penonton sedang menantikan persembahan saya yang mewakili murid tahun satu SRK La Salle, Canning Garden, Ipoh pada Hari Kanak-Kanak 1985.

Saya menangis tidak mahu pergi. Tetapi ianya menjadi hiburan kepada ketiga-tiga cikgu Melayu nakal ini dan mereka terus memujuk. Guru Besar, Rev. Bro. Lucian Ng yang baik hati itu juga terbabit mendajeikan saya dan akhirnya saya menangis lalu menyanyi di atas pentas.

Nyanyian saya menjadi sorakan penonton yang menyangka ianya rektorik persembahan lagu berair mata yang sebenarnya tidak! Saya menangis mengenangkan kenapa saya perlu buat show pada usia sebegini muda hanya untuk menghiburkan sesetengah pihak yang suka tengok saya menangis.

Sebab itulah saya tidak menjadi artis kerana saya tidak mahu persembahan saya dipergunakan untuk kesenangan pihak tertentu. Boleh?

No comments:

Post a Comment