Monday, January 4, 2010

Wanton Mee, Kedondong Asam Boi, RM4.50

Wah.. Kisah pasal makan. Adakah anda makan makanan Cina? Jika tidak, lantaklah. Saya makan! Matilar. Ayat jahat sekali.

Bukan cenggitu. Hari ini saya mau perkenalkan Wanton Mee yang boleh didapati di Vegas, Canning Garden, Ipoh. Sedap benor nama Vegas. Padahal nama dia Restoran Sin Hong Fatt.

Kedai ni mempunyai ramai pelanggan Melayu waktu petang sebab ia juga menempatkan satu dua peniaga Melayu ala-gerai di kedai tersebut.

Wanton Mee ini adalah dari gerai Cina dua beranak yang pernah dipaparkan sebelum ini dalam kisah Lok Kau Yee.

Halal atau tidak? Itu kena tanya Pegawai JAIP yang andatangan sijil halal depan cermin gerai tu.

Wanton Mee ini dihidangkan seperti gambar di atas tetapi air yang melengkapkan citarasa lepak petang di Vegas ini ialah Kedondong Asam Masin. Hou yam aa !

Kedondong Asam Masin itu berharga RM1.50 manakala Wanton Mee itu berharga RM3.00.

Sangat hebat sekali pakej yang berharga RM4.50 ini!

No comments:

Post a Comment