Sunday, January 3, 2010

Kisah " Lok Kau Yee "

Kisah ni berlaku pada 20 Disember 2009. Haha. Sangat best dirasakan apabila sedikit pengetahuan telah merubah persepsi yang bukan kecil. Kisah ini bersangkut paut dengan anak beranak penjual mee di Vegas, Canning Garden.

Kedai Vegas di Canning Garden tu terkenal sebagi port minum petang Melayu-Melayu yang kononnya dari golongan pertengahan kat Ipoh ni. Tempat adik beradik isi kuku bagai. Tapi harus diingat saya lepas situ bukan baru sekarang. Sejak geng-geng ini bersekolah rendah adanya.

Kedai tu bukan nama Vegas. Nama cina apa ntah. Cuma belakang dia, tempat yang mula-mula menjadi kawasan lepak petang, bernama Restoran New Hollywood. New Hollywood telah cuma beroperasi waktu pagi, maka semua berpindah ke restoran belakang tu yang digelar Vegas. Tu dia. Dari California, pi Nevada.

Ceritanya gini. Masa saya sedang memilih fish cake dan foochook kegemaran untuk dimakan dengan kuah laksa. Si anak nyonya tu yang dengan gaya ah long jinjang memerhatikan saya buat pilihan.

Kemudian saya menghulurkan mangkuk berisi aneka pilihan itu dan menyebut dengan slang cina " LAK-SAA". Bila saya mengambil tempat duduk, saya kedengaran cong ceng cong ceng anak beranak itu sambil mata mereka memerhati saya. Saya dapat merasakan mereka sedang mengumpat saya.

Biadap sungguh mereka ini kerana jarak saya dan mereka kurang dari 2 meter.

Namun, ada satu perkataan yang saya tangkap. Si ibu menghulur mangkuk berisi kuah laksa kepada anaknya dan menyebut "LOK KAU YEE". Saya dapat idea. Saya terus meletakkan wang ngam-ngam RM6.20.

Bila si anak menghantar Fishcake laksa itu sambil menyebut " ENAM DUA" , saya menunjukkan wang atas meja. Si anak nyonya itu pun mengambil wang dan terus kembali ke pangkuan ibunya.

Selepas berbual dengan nada perlahan, dua beranak itu tidak lagi berbunyi-bunyi selain menumpukan perhatian kepada kerja masing-masinglah jua.

Hahaha. Itulah dia. Sedikit pengetahuan mampu menyelamatkan bumi. Bleh?

No comments:

Post a Comment