Tuesday, June 4, 2013

Tutup 1 Blog , Kini Tinggal 1 Blog

Secara rasminya, aku menamatkan operasi blog politik aku yang berusia 66 bulan dengan 2050 posting dan 1,048,937 paparan halaman sehingga jam 1:55 PM tadi.

Ini kerana segalanya didirikan atas perjuangan bagi memastikan BN hilang dua pertiga pada PRU 2008 dan UMNO kekal memerintah selepas PRU 2013 telah mencapai matlamatnya.

Dua keazaman yang saling bertentangan itu menunjukkan bagaimana iklim politik negara ini pada waktu itu dan pada waktu ini.

Sehubungan itu, aku pun tak nak tahu lagi seandainya prestasi UMNO tidak dapat dikekalkan untuk PRU selanjutnya.

Aku mengekalkan 'anonymity' blog tersebut sepanjang 66 bulan ia beroperasi kecuali bagi mereka yang rapat dengan aku. Kini aku melepaskan beban itu beransur-ansur 'and let it vanish in the thin air'.

Lebih baik aku tumpukan bagaimana untuk meningkatkan prestasi kerjaya aku dan hidup aku.

Sebagai penulis blog sukarela, inilah kelebihan yang aku ada. Aku tidak terikat dengan mana-mana pihak untuk terus mengeluarkan kata-kata.

Justeru, aku menumpukan kembali perhatian aku kepada blog peribadi ini.

Adakalanya sesuatu rahsia akan kekal dalam kerahsiaan selama-lamanya.




No comments:

Post a Comment