Thursday, June 6, 2013

Ipoh - KLIA RM42.00? Jadikan Ia RM29.40 !


KLIA boleh dikatakan juga sebagai Ipoh International Airport memandangkan Lapangan Terbang Ipoh non-hado lagi pesawat yang teringin nak mendarat. Maka, perkhidmatan bas shuttle pun bertalu-talu menyediakan khidmat Ipoh ke KLIA mahupun LCCT dengan tambang RM42.00! Mahnakmam bukan?

Jadi, untuk tips mur mur punya tambang, ikuti langkah ini :

1. Naik bas Plusliner Ipoh - Putrajaya yang bertolak setiap pukul 5.00 pagi, 9.30 pagi, 2.00 petang dan 6.00 petang yang bertolak dari Terminal Amanjaya (Amatnoya yer, sebab jauh nakmam). Jangan risau, bas ini keluar highway di Tambun untuk mengambil penumpang di hadapan pejabat Plusliner di Gunung Rapat (Sederet OTWC dan KFC) sebelum masuk highway balik di Simpang Pulai. Tambangnya RM 22.90 
2. Bas ini akan tiba di Putrajaya Sentral pada setiap pukul 7.45 pagi, 12.30 tengah hari, 5.00 petang dan 9.30 malam. Menapaklah ke stesen ERL di yang terletak bawah satu bumbung Putrajaya Sentral itu.  
3. Ambil KLIA Transit untuk sama ada ke LCCT (dengan sambungan bas feeder - yang termasuk harga tambang - di Salak Tinggi) atau terus ke KLIA yang bersesuaian dengan ketibaan. Sama ada 8.04 pagi, 12.50 tengah hari,  5.49 petang dan 9.50 malam. Masa perjalanan ke LCCT (termasuk perjalanan dengan feeder bus) ialah 29 minit manakala perjalanan ke KLIA ialah 18 minit. Kalau terlepas, kau tunggulah setengah jam berikutnya. Tambangnya ke LCCT atau KLIA adalah RM6.50. 
4. Cuba adik-adik campurkan harganya. RM22.90 + RM6.50 . Berapakah jawapannya? Pandai. RM29.40! Bukankah adik-adik telah berjaya jimat RM12.60 ? 

Untuk perjalanan dari KLIA / LCCT ke Ipoh, sukacitara lari laju dimaklumkan, bas Plusliner dari Putrajaya ke Ipoh bertolak setiap jam 9.30 pagi, 1.30 petang, 6.30 petang dan 10.00 malam. Kenal pasti waktu anda. Kalau tidak, heretlah beg ke KL Sentral.

Apa? Lambat? Sesuai la dengan harga! Amboimak lah kau ni.

Begitulah yer tips Pak Tam untuk hari ini. Tips untuk Pak Tam mane? Bak sini. Bak sini!

No comments:

Post a Comment