Wednesday, March 30, 2011

Nadi Cintamu Menghalang Sunyi Dari Membunuhku..Jiwang Tak?

Entry jiwang jap. Boleh la boleh. Suka hati aku la boleh ke tidak kan. Blog aku. Hehe.

Dulu aku tak macamni. Aku boleh jer hidup tanpa bercakap lebih dari sehari. Aku tak kisah pun untuk diam seribu bahasa. Urdu tidak, Zulu pun tidak. Aku tak heran pun bila hati aku cakap, kenapa kau tak berkata-kata hari ini?

Mungkin dulu aku jarang balik Ipoh. Dalam 2 bulan sekali maybe. Tapi sejak mak patah kaki, almost tiap minggu aku balik. Bila balik, aku tak lepaskan peluang lepak. Masa terisi. Jiwa terhibur.

Atau mungkin dulu aku duduk di Ampang. Di tempat tidak pernah sunyi. Selama 7 tahun aku tinggal di Ampang, kebisingan kawasan sekitar membuatkan aku tak kekok untuk 'mensunyikan' diri. Kalau aku sunyi sangat pun, aku akan memandu ke Pandan Jaya dan lepak di kedai burger kawan aku sampai jam 1.00 dan berborak.

Tapi segalanya dah tak sama macam dulu. Hari ni, aku tinggal di Putrajaya. Seawal 9 malam, cengkerik berzikir di tanah dapat aku dengar dari rumah aku tingkat 15 ni. Sorang housemate aku tu memang pendiam sebab ada yang mendiamkan. Sorang lagi hilang entah ke mana. Entah hidup entah tidak. Mesej tak berbalas, Facebook tak update, sewa ... malas nak fikir.

Mujurlah aku ada dia yang sentiasa ada untuk aku. Walaupun buat masa ni, keterbatasan untuk bertemu seringkali menjadi penghalang sebab kerja di bidang yang berbeza, aku bersyukur sebab dia ada untuk membolehkan aku menganggap aku masih belum sunyi sepenuhnya.

Kadang-kadang, bila di Ipoh, aku sedar aku bersikap tak adil kepadanya sebab aku selalu hanyut dalam sembang kedai kopi dengan kawan-kawan. Kami mampu lepak dari jam 9.30 malam sampai 2.30 pagi. (Macam tak biasa je kat QB)

Bila saat dia sibuk dan penat, aku perlu menyedarkan diri aku untuk memahami hakikat bahawa aku perlu memberi dia ruang juga untuk berehat dan melepaskan tekanan kerja dengan bersembang dengan teman-teman serumahnya. Cukuplah denyut nadi cintanya masih membuatkan aku belum mati dalam kesunyian.

Aku mesti akur sebab dia juga sibuk dengan kerjanya. Kerjanya memang memenatkan. Jadi, kesunyian itu terpaksa aku hadapi dengan berani. Berani untuk mengatakan aku tidak sunyi lagi. Tapi kepada siapa hendak aku katakan dalam kesunyian begini?

Ya, kepada dinding si saksi bisu yang hidupnya lebih sunyi dari aku kerana berapa banyak dinding yang ada dalam rumah ni, mereka tidak pernah berkomunikasi. Huhuhu. Giler ke ? Yer, sikit jer.

Sekurang-kurangnya aku belum sunyi sepenuhnya. Terima kasih, cinta.

1 comment:

  1. susah nk tngk abg berjiwang...jarang sekali

    ReplyDelete