Tuesday, March 29, 2011

Pemandu Wanita Berbahaya?

Menarik. Semalam Bung Mokhtar, suami si Zizie Ezette (betul ke nama tembam tu), menyebut, pemandu wanita kebanyakan amat berbahaya.

Bukan lah nak carut, tapi aku menyokong 102% apa yang dicetuskan oleh Bung Mokhtar itu.

Ini kerana, sepanjang menjadi pengguna jalan raya selama 15 tahun, memang tidak dapat dinafikan mahupun dinakifan, pemandu wanita amat tidak peduli akan sekelilingnya melainkan apa yang dapat dilihat di cermin sisi dan cermin belakang apabila biji mata mereka sempat untuk menejeling ke alat bantu memandu itu.

Untuk peka kepada 'blind spot' atau titik yang tidak kelihatan pada cermin-cermin tersebut, jangan haraplah.

Selain itu, mereka gemar teragak-agak untuk keluar di persimpangan. Kadang-kadang terus keluar. Kadang-kadang berhenti sejenak untuk berfikir, lalu membuat keputusan yang bukan-bukan seperti contoh, tetap keluar walaupun kenderaan mendatang telah hampir.

Selain itu juga, sesetengah mereka sanggup memandu dengan kelajuan 80km/j di sebuah lebuhraya yang mana 110 km/j juga telah dianggap sebagai perlahan dan tidak relevan. (Kecuali adik aku yang dah pandai bawak 120km/j di highway.)

Selain itu lagi, mereka didapati mudah untuk gagal mentafsir kelajuan kenderaan lain. Hal ini selalunya berlaku semasa mereka cuba memasuki lorong kenderaan laju untuk memotong.

Paling tidak aku gemor ialah, kaum wanita gemar beranggapan bahawa dengan memberi signal, mereka mempunyai hak untuk menukar lorong, tanpa mereka peduli kederaan dilorong tersebut sedang laju atau apa. Ada mak kesah, mak dah bagi signal uol! kata mereka.

Sebab apa aku sokong 102%? Sebab pada bulan Julai 2008 dan Julai 2010, kereta aku dilanggar dari belakang oleh dua orang pemadu wanita di dua tempat berbeza. Detsit!

Bukan teman nak ngata la. Untuk kaum wanita, sila take note lah yer supaya tahap kompetensi anda sekelian menjadi setaraf dengan pemandu lelaki.

Pemandu wanita berbahaya?

Oleh SAIFULIZAM MOHAMAD
pengarang@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 28 Mac – Sidang Dewan Rakyat hari ini ‘hangat’ apabila Datuk Bung Moktar Radin (BN-Kinabatangan) mendakwa pemanduan golongan wanita di negara ini kebanyakannya amat berbahaya sekali gus boleh mengundang kemalangan.

Dakwa beliau, apabila golongan wanita memandu kereta, mereka tidak mempedulikan keadaan sekeliling dan ia menyebabkan pemandu lain terdedah dengan risiko kemalangan.

Malah, ujarnya, pemandu wanita terbabit akan berasa marah selain ada yang sanggup mengeluarkan tangan mereka menunjukkan pelbagai isyarat sekiranya pemandu lain membunyikan hon.

‘‘Saya terpanggil membicarakan soal-soal sebegini kerana pada saya kemalangan boleh berlaku disebabkan kecuaian orang lain. Maka kita di jalan raya tidak juga selamat daripada pemandu-pemandu yang cuai terutama pemandu wanita.

‘‘Dia relaks, dia tidak peduli kiri kanan. Kita hon, dia marah ada juga yang sanggup keluarkan tangan dan menunjukkan pelbagai isyarat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika membahaskan Rang Undang-Undang Perbekalan Tambahan (2010) 2011 di Dewan Rakyat hari ini.

No comments:

Post a Comment