Thursday, October 21, 2010

Jerebu : Awat Menggelabah Biawak Pasir?

Semalam dorang meeting. Jerebu melanda Melaka dan Muar. Wah, meeting macam lepas kena gempa nih. Habis semua jerebu punya item nak di tengoknya. Tak cukup dengan tu, nak di print lagi. Apa ni? Apa ni????

Aku dah tau pasal perkara ni sebab masa kat Bandung aku ader tengok berita tentang kebakaran tanah gambut kat Riau. Paling teruk, Bengkalis, ada 400 hektar hutan gambut terbakar. Tapi aku takder hal sangat la. Sebab secara konsistennya, angin sedang bertiup dari Barat Laut. Maknanya dari arah Sumatera Utara.

Memang la dalam konsistensi tu ada la jugak dia bertukar sekejap-sekejap kan. Dapatlah Muar ngan Melaka makan asap Bengkalis yang terletak seberang selat ngan Muar tu sekejap.

Tapi dorang nih, lawak tul. Geografi tak pandai agaknya. Habis kelam kabut nih. Nak hantar semua benda Jerebu ke Muar ngan Melaka.

Aku malas nak tunjuk pandai. Aku saja jer cakap " Esok jerebu hilang la tu". Diorang semua bengkeng aku nih. Takper. Sukahati korang la.

Aku bukan tembak jer ramalan aku. Aku tiap-tiap hari nampak kapal terbang kat KLIA naik arah utara. Memang kapal terbang take-off kan perlu hadap arah angin. Jadi angin tu mestilah datang dari Barat Laut. Atau bahasa omputehnya Northwest.

Penyudahnya, tadi berita pukul satu, Indeks Pencemaran Udara dah bertambah baik berlipat ganda kat Muar ngan Melaka. Dari 300 lebih semalam, dah balik jadi 80 lebih.

Hahaha. Nampaknya, aku patut jadi bos diorang, dan diorang patut jadi pekerja aku. Gw ga bete ama mrk.. Gw lg ngakak nihh!

No comments:

Post a Comment