Monday, February 1, 2010

Karangan Bergambar

Petang tadi saya bangun agak lambat. Walaupun telah berkali-kali saya diingati tentang acara yang akan menyemak di Dewan Serbaguna berhampiran rumah saya itew pukul 2 petang, saya tetap bangun pukul 3.00. Setibanya di sana, Menteri Kewangan II pun belum berucap. Memang saya dah tahu mereka suka menggertak dengan masa. Ah. Lagipun saya bukan siapa-sapa. Saya bukan ketua. Saya di sana semata-mata kerana di dewan itu dululah tempat saya bermain bola masa kecil-kecil dahulu.

Selepas tiga perempat acara, Menteri Kewangan Kedua pun merasmikan acara. Lagi suku acara ialah, makan.


Selepas itu saya pun memandu menuju stesen keretapi Ipoh. Saya mahu mengambil tiket yang telah saya tempah. Semalam semasa saya datang jam 12.30, penjual tiket itu kata sistem down.


Bandara Ipoh sangat eksotik hingga di lorong-lorong inilah Yasmin Ahmad menyunting menyooting filem Sepet.

Setibanya di sana saya melihat jadual. Oh rupa-rupanya keretapi ini tidak ke Butterworth lagi. Ia akan hanya melalui Bukit Mertajam. Seharusnya begitulah kerana simpang untuk keretapi bertukar ke utara itu terletak di Bukit Mertajam. Sungguh lambat mereka bertindak.

Apa????? Huh !! Geramnya !! Bukan geram kerana sistem down ini. Saya tanya kepada penjual tiket itu, adakah saya boleh mengambil tiket yang ditempah. Dia menjawab, boleh. Tetapi saya sangat geram apabila nombor rujukan pendaftaran itu saya tulis pada sekeping kad. Dan kad itu saya tertinggal. Pemanduan pergi balik 25 km ke sini sia-sia.

No comments:

Post a Comment