Friday, February 5, 2010

Dapat Kunci Rumah Baru

Mungkin inilah malam terakhir aku berpeluang meninjau ke bawah rumah dari dapur rumah Presint 14 yang aku baru duduk dua minggu ni. Apa leh buat, rezeki jangan ditolak. Especially bila ada ura-ura Bahagian Pengurusan Hartanah nak buat sewa beli je kuarters ni. Ye kalau jadi.. kalau tak, pencen sok, dok dalam gua kat Krabi.


Ini permandangan malam yang dah aku downsize kan..

Nanti. Ini bukan apartment yang aku dapat. Walaupun inilah yang aku idamkan selama ni. Sebab dekat nak ke KL. Presint 15 bukan untukku. Saja ku abadikan buat kenang-kenangan. Dasat gak kan. Leh snap sambil bawak keter.

Tat tada... ini ar rumah aku yang aku dapat. Presint 5. Kekira 12 km dari tempat aku dok skang. Mak ai.

Yang ini bahagian dapurnya ye anak anak.

Manakala yang itu, ruang tamu.

Yang itu pulak pintu masuk tadi. Aper la masuk-masuk terus jamban.Musuk punya olang! Lepas jamban baru bilik paling kecik.

Yang ini pemandangan yang menghala ke bilik medium.

Ha, yang ini master bedroom. Siap lemari kain baju stok 55 tahun pun leh simpan dalam.

Hei.. berapa kali gambar ini da...

Yang tu pemandangan tingkap depan perspektif kanan. Tak nampak pun Putrajaya. Nampak Pullman Lake Resort ader.

Yang ni bukaan paling luas lensa bleh pegi bagi menggambarkan keluasan ruang tamu yang tak berapa luas ni. Motip nak luas-luas? Nak anak 10 ka? Bila bleh beranak tu?

Yang tu blok jiran sebelah. Kaler apartment kitorang ni macam menambahkan lagi lengangnya kawasan ni. Hadui.

Bosan bosan, boleh la kira ERL lalu lalang. ERL tu terletak di sebelah kiri tingap depan rumah tu.

Itulah kediaman aku untuk beberapa puluh tahun akan datang. Haha. Nooooon di tumit Putrajaya. Sehujung-hujung PICC, rumah aku belakang PICC. Hadoii...

2 comments:

  1. salam.. nak tanya....kat persint 5 nie ada balkoni ke.... beza persint 14 ngan 5 mana lg besar...

    ReplyDelete
  2. aduh..
    aku dpt kuaters kt sini.
    tp rasa mcm brbelah bagi nk terima.
    sbb macam ujung dunia, lengang, dan jauh dr ofis aku. scary la pulak tgk gambar2 kt ats. tolonglah yakin kan aku yg tempat ni selamat, huhu. aku perlukan sokongan moral .T_T.

    ReplyDelete