Tuesday, February 2, 2010

Satu Berita Buruk Di Bunuh Oleh Dua Berita Baik

Hati siapa tak bengang bila kuarters kerajaan ini, yang dibina oleh kerajaan untuk penjawat awam, telah dimilik keluargakan! Kisahnya bila Bidin, abang ipar si Kushairi, mamat yang didaftarkan untuk menduduki rumah ni, dalam jam 10.30 kejap tadi muncul lepas berhari-hari entah ke mana. Katanya dia kerja organize function kerajaan. Dia dah lama berhenti kerja gomen. tapi nyendeng ngan gomen gak. Nanti kau, aku tutup periuk nasik kau. Barua. Opss.. Astaga. Sabar... sabar..

Sebaik aku pindah masuk haritu, anak sedara si Ku pulak ada kat rumah tu. Baru dua tiga hari kerja KTMB. Dan baru seminggu kahwin. Lantak kau lah kan. Ini kuarters kerajaan. Priority secara fitrahnya ada pada aku ngan Ku la ye tak?

Aku ni pindah sini bukan suka-suka. Demi kepentingan perkhidmatan yer. Si Bidin ni dah lama menumpang ngan si Ku ni. Aku pulak lama jugak apply satu bilik untuk aku duduk. Okei la kan. Dulu-dulu orang bujang gomen kasi satu rumah kongsi tiga. Nah, skang sorang dapat sebijik rumah 3 bilik. So tak salah la aku duduk bilik tu. Bayar yer. Aku janji RM200 sebulan dengan Ku.

Si pukimak Bidin ni tua. Aku respect orang tua. Mak aku tak ajar jadi kurang ajar. Nak jadikan cerita Bidin ni balik tadi huru sana hara sini, terus gi bilik aku. "Rumah bila nak dapat?" tanya dia. Aku terpinga-pinga. "Entah la, tak kan dalam masa terdekat ni kot." jawab aku dengan sikit pelik la.

"Cepat sikit la yer bilik ni nak bagi Min. Kurang-kurang bulan 3. Ikhtiar la yer macammana pun." Bidin dengan penuh rasa tak bersalah selamba je cakap macamtu lepastu dia terus blah. Mak bapak dia main tak baca bismillah la yang dapat anak kurang ajar macam ni. Tak malu muka tebal lapan inci. Barua.

Dah la dua-dua ekor bukan kakitangan awam. Aku yang kakitangan awam ni 'dihalau' dari kuarters kerajaan oleh bukan kakitangan awam. Aku geram giler. Kepala otak aku dok fikir yang aku nak desak JPM bagi aku kuarters secepat mungkin esok, dengan alasan, aku kena halau dari kuarters diorang oleh 'para penumpang' yang dah memakbapakkan pemilikan rumah ni.

Ambik la nasib kau nanti Bidin. Kesian pulak kat Ku. Tapi sama je. Bengap. Tak boleh ke bagi kata putus sebelum aku pindah masuk? Bukan itu je.. selepas Streamyx siap setting bagai!!

Punya la geram sampai aku main Solitaire kalah dan kalah dan kalah sampai beratus-ratus. Selalunya aku tak cumulate kerugian sebab aku main Vegas style.

Tiba-tiba, aku saja rasa nak taip web JPM nak mengadu online. Tapi sebelah "ADUAN" tu ada "SEMAK PERMOHONAN". Takpe, try semak dulu.



Allah Maha Mengetahui sebenarnya. Rupa-rupanya permohonan aku dah diluluskan. Ini satu berita mengejutkan. Mak ai! Presint 5! Aku pun bukak Google Maps. Aku bukan hapal pun Putrajaya ni. Nah kau, belakang PICC. Dekat-dekat Pullman sana! Takpe, ini jam la Yus kena tolong aku. Kata nak dok ngan aku kan. Aku nak suruh dia ejas supaya dapat tukar ke Presint 14. Presint 5 ngan ofis aku 9 km ye.

Maknanya, esok aku kena ambik surat offer, bayar deposit, ambik kunci, boleh masuk dah sebelum raya Cina. Nasib ko baik Bidin. Betul-betul nasib ko baik. Kemarahan aku reda. Soal line Streamyx ni, biar Telekom buat kerja.

Tapi, lepas aku bagi mak aku RM2000 semalam, duit kat aku cukup-cukup nak pergi Krabi je. Macam mana la?? Aku pun belek la katalog Courts kat web dia. Adeh. Sakit jantung...

"Sapa-sapa ada perabot tak pakai, sila sedekah. Orang baru dapat kuarters kat Putrajaya". Itu ayat SMS aku yang aku hantar kat kakak aku dua orang ngan abang aku sorang. Haih. Dapat rumah pulak. Tapi takpe. First hand. Tip top.

Tiba-tiba kakak aku yang sulung kat Sg Buloh call. Dia kata dia nak pindah ke rumah yang dia beli, yang baru siap kat Saujana Utama raya cina ni. Katanya lagi, 70% perabot dia beli baru. Alhamdulillah. Allah Maha Mengasihani. Aku cakap SET !!!!!!!!!!!!!. Nanti aku cari lori kasi ambik semua yang dia taknak bawak. Ini berita baik berganda namanya. Mengalahkan offer 90% kat Pavillion!

Huh. Tak sangka, problem besar datang ini malam, ini malam juga itu problem selesai. Masa menaip ayat ni, aku belum habis lagi teruja dan memanjatkan syukur. Bidin, nasib kau kali ni baik. Tapi jangan ingat orang lain tak boleh buat benda tak semiak kat engkau kalau kau tak ubah perangai "kurang berhemah, kurang diplomasi, kurang berotak, dan pendek kata kurang ajar".

Kau patut bersyukur sebab Allah bukak kan hati aku untuk maafkan kebiadapan kau.

No comments:

Post a Comment