Saturday, January 30, 2010

Sekali Sekala, Marilah Kita Buat Gila ! Haha!

Adakalanya, kita manusia biasa akan dipuput bayu gila dan itu akan membuatkan kita lebih gila dari orang gila. Haha. Sebab apa? Sebab orang gila mana ade beli tiket flight online. Kan?

Dengan kadar kegataltanganan yang tinggi, aku pun belek-belek la web Air Asia. Dah lama tak tengok muka plastik cabin crew buat lakonan bisu tatacara keselamatan ketika kecemasan. Hahaha.

Mula-mula, aku nak gi Indonesia. Tapi maner yer? Sebab dalam otak aku ni takde destinasi tertentu, aku pun memilih destinasi berdasarkan harga tawaran. Aku allocate RM500 untuk tambang melancong bukan melencong untuk tahun ni. RM500 je? Jangan panik. Mari kita lihat Encik Dark kita berbelanja.

Mula-mula sekali, aku terjumpa Bandung. Zas......... beli beli beli .... macam main Saidina pulek.. RM173 je pegi balik? Aku pun tambah la luggage 10kg.... saja ngengada kan. Mana tau nanti nak borong kain baju... Makcik-makcik sangat kan?



Ka-ching !!(bunyik cashier punya mesin daa).. Masih ada balance RM317 nih! Lalu aku pun terus menggataltangankan diriku ini. Destinasi seterusnya, Domestik! Wau! Tetapi bukan wau bulan! Yang dimaksudkan ialah Tawau! Haha. Berangan kan nak gi Sipadan. Teruskan berangan dan jangan lupa beli pakej RM138 tuh!



Ka-ching!!! Eh.. lagi kuat bunyi diaa. Hahaha. Tu dia. Beli jangan tak beli. Tapi masih ada balance RM179 lagi! Waaaah! Gile lah.

Teiba-tiba aku teringatkan propa aku dalam facebook. Haha. Propa itu motivasi yer. LOL. Aku propa itu hari kata Raya Cina confirm gi Krabi. Haha. Apa lagi, aku pun bukak la Web KTMB. Memang aku ni ada kebenuahitaman skit. Dari kecik suka naik keretapi. Kenderaan pertama yang aku reti lukis masa kekecik dulu pun ialah keretapi. Obses yang bukan-bukan. Haha.

Aku pun aper lagi, cari la waktu yang sesuai. Selamat la tempah tiket tren ni ikut seat availability. Raya Cina tu. Kalo kapal terobang sasah lapan semilan ratus persen la harga dia kan? Lalu aku pun dengan konfiden yang tinggi terus call booking tiket bila aku nampak ada 4 seat je kosong. Tak sangka, boleh booking pakai tepon. Syaratnya tiket dituntut kat stesen KTM berdekatan. Pergi balik RM68! Murah? Sebab naik dan turun kat Ipoh. Sesuai la sebab aku nak tinggal keter comelku kat Ipoh. Haha. Best best.

Cuma berjam-jam gak la aku cari mode transport hatyai Krabi yang berjarak 285km tu. Giler lah. Sama ngan KL-JB tu... Akhirnya aku terjumpa jadual bas stesen Hat Yai. Best best best kuasa tiga.



OK... tolak tambang bas .. jap.. lupa nak bunyikan mesin duit... Ka-Ching!!... ok, sambung balik... tolak tambang bas Hatyai - Krabi yang sama dengan RM 18.50 sehala tu, peruntukan aku yang tinggal RM179 tu skang dah tinggal RM111!

Pergh.. ini macam kalu boleh beli tiket Air Asia lagi... Tapi tang bila nyer harga pergi balik semurah tu? Belek punya belek punya belek punya belek punya ..berapa banyak belek da...Last-last aku jumpa tiket ke Kuching... Wau... RM98 jepergi balik? Zas.. beli beli beli... Haha... Paling best.. 16 September yer... ala2 meraikan cuti Hari Malaysia yang pertama kali dinikmati di Semenanjung.



Dan cuti ini di raikan di Sarawak! Sebuah negeri yang sejak join Malaya dulu dah cuti 16 September. Hari kemerdekaan Sabah Sarawak lah!! Sebab jadual merdeka 31 Ogos dorang kena post pone 2 minggu. Sukarno la kacau dulu. Jap. Lari tajuk pulak.

Maka, keseluruhannya, aku membelanjakan RM487 untuk mobiliti diri ini sejauh.. jap nak kira.. KL-Bandung pegi balik 3200 km.... KL-Tawau pegi balik 3600km... KL-Hatyai pegi balik 1200 km... KL-Kuching pegi balik 2600 km... wau! Jumlah keseluruhan pergerakan berharga RM487 ini ialah 10,600 km !!! Ini sudah lebih dari KL-London! Bila la aku nak merasa gi London ngan tambang sehala bawah RM500... Hah.. yang tu memang betul-betul berangan!

Walaubagaimanapun, tahun ni, mulai saat ni, aku harus berjimat cermat demi keberjayaan percutian 2010 ku ini. Haha. Sapa-sapa nak ikut.. ko hadap lah sendiri web Air Asia tu. Aku dah nak muntah dah ngadap 8 jam.

No comments:

Post a Comment