Sunday, June 9, 2013

The Sedapest Kuetiau Kicap in Klang Valley

Kuetiau Kicap merupakan makanan Cina Ipoh yang hanya sesetengah kedai Melayu yang menjualnya. Itulah the most favorite Ipoh punya cuisine yang I ever like. Melayu tak guna. Bahasa bercampur aduk. Mencari the sedapest Kuetiau Kicap buatan orang Melayu di merata KL ini memang agak susah tetapi aku berjaya menjumpainya di Damansara Perdana. Kedai Kopi Hata.

Kuetiau Kicap adalah pakej kuetiau bersama tauge,hirisan daun bawang yang di celur kemudian di sediakan bersama kicap adunan istimewa yang bergaul petis kari yang berkonsentrasi tinggi bersama sup campuran fishball, fishcake dan tauhu kering.

Di samping itu,cili bawang putih yang dijerukkan bersama taburan bawang kering dan lada putih melengkapkan rasanya.

Hidangan ini disertakan dengan sup campuran fishcake dan fishball yang diasingkan dari hidangan dalam pinggan bagi memberi para penikmat Kuetiau Kicap untuk memilih cara menikmatinya.

Ia boleh dimakan secara berasingan dengan sup.

Dengan hirupan minuman menyegarkan.

Atau digaul  kuetiau bersama fishcake.



Untuk menikmatinya, bolehlah ke Kedai Kopi Hata yang terletak di 3-1 Jalan PJU 8/5f, Damansara Perdana.

No comments:

Post a Comment