Tuesday, June 11, 2013

Penduduk Jalan P9C/1 Putrajaya, Mengecewakan

Selalu sangat entri marah kat Nadi Putra, kali ini entri marah pada penduduk Presint 9 atas bukit atau kawasan apartment kuarters sepanjang Jalan P9C/1.

Sebelum ini bas yang memberi khidmat di kawasan ini ialah bernombor 103. Kemudian ia digabungkan dengan bas 601 yang memberi khidmat kepada penduduk Presint 5 menjadi bas L04. Walaupun perjalanan dari rumah ke Putrajaya Sentral telah bertambah 10 minit akibat bas terpaksa memanjat bukit ke Presint 9 atas bukit ini sebelum membuat u-turn dan turun semula, itu bukan masalahnya.

Masalahnya, penduduk yang terdiri dari kakitangan awam ini sewenang-wenang meletak kenderaan sehingga jalan menjadi sempit dan melambatkan pergerakan bas.

Apalah istimewa kawasan ini sehingga bas mengakseskan laluan sehingga ke pintu lif sedangkan di Presint 5, penumpang yang turun bas basah kehujanan akibat jauhnya teduhan terhampir dari hentian bas. Susur gajah tak dibuat. Kasihan pada ibu-ibu yang membawa anak kecil!

Juga, perlukah berkhidmat di kawasan perumahan yang komunitinya mementingkan diri sendiri sehingga menyukarkan laluan pengangkutan awam. Tidak perlu untuk mengakses kawasan ini seandainya tiada kerjasama dari para penghuni!


Laluan naik turun itu.


Sempit

Meletak kereta sembarangan

Membetulkan parking sehingga bas terpaksa berhenti.

Takde parking? Bohong!



No comments:

Post a Comment