Monday, June 10, 2013

Antara Now You See Me dan After Earth

Blog ini tak pernah buat review filem. Tebiat kah. Tapi penting untuk blog ini bercerita tentang dua filem bertempoh tayang serentak ini.

Jun ini saya pergi  menonton 2 filem di panggung wayang. Satunya yang tajuk gempak cerita hampeh dan satu lagi tajuk hampeh cerita gempak.

NOW YOU SEE ME

Filem ni aku baca komen-komen di Twitter seperti bagus. Lalu aku pun pergi menonton di Alamanda Putrajaya 7 Jun lepas. Filem ini tidak perlu aksi spektakular melainkan mengajak penonton memikirkan pola penceritaannya. Babak demi babak dirungkai sehingga penonton tidak mendapat jawapan melainkan pada 10 minit terakhir filem berdurasi 1 jam 55 minit ini. Kesan dari itu, penonton terus berfikir sebab demi sebab walaupun sesudah tamat wayang. 

Filem mengisahkan seorang penyiasat FBI yang ditugaskan mematahkan penipuan demi penipuan oleh empat orang pesilap mata The Horsemen yang telah 'mencuri' jutaan dollar dari sebuah bank, seorang usahawan dan sebuah lori kebal membawa wang tanpa mengambil wang tersebut. Seorang pesilap mata ternama membantu penyiasat ini dengan kesombongannya dalam mencari kemungkinan wujudnya ahli The Horsemen ke lima. Akhirnya setelah misi 'tiga rompakan' itu selesai, The Horsemen kelima diketahui adalah penyiasat FBI tersebut yang merupakan mastermind The Horsemen. Mengapakah dan bagaimanakah ianya berlaku? Tontonlah sendiri. Tiketnya tak mahal.

Bintang : 4.5/5


AFTER EARTH

Sempat menjadi trending di Twitter, After Earth memanggil saya untuk menonton jalan ceritanya di pawagam. Sekali lagi saya ke Alamanada Putrajaya pada 9 Jun untuk menyaksikan filem yang mendengar tajuknya pastilah terasa kehebatan sains fiksyen filem tersebut bakal mengundang degup jantung bersulam plot dramatis yang terselit. Filem berdurasi 1 jam 30 minit ini walaubagaimanapun mengecewakan dengan plot anak beranak syok sendiri disamping kelemahan logika dalam penceritaan.

Filem mengisahkan seorang komander tentera manusia dan anaknya dari planet baru hunian manusia Nova Prime yang terpaksa mendarat di bumi yang dikategorikan tidak selamat lagi oleh badan pentadbir cakrawala. Survival komander tersebut yang patah kaki memerhatikan anaknya yang mencari alat bantuan yang terpisah 100km dengan gajet-gajet masa depan yang merapu meraban dapat ditafsirkan pengakhirannya pada minit awal mereka jatuh ke bumi lagi. Filem begini saya tidak suka. Akhirnya anaknya berjaya mendapat memancarkan alat bantuan itu dari puncak gunung berapi yang sedang meletus (tentulah bersulfur tinggi) padahal anaknya tidak mampu untuk hidup tanpa bantuan cairan khas bagi membolehkan paru-parunya menyesuaikan diri dengan ketumpatan udara bumi. Gagal.

Bintang : 2/5

No comments:

Post a Comment