Monday, January 7, 2013

Ribut Sonamu Dan Sikap Anak Bangsaku

Ya Tuhan. Kau ampunilah budak-budak negara ni yang dah la malas nak Google, malas nak cari fakta, kuat pulak sifat menyebar berita palsu. Dah la menyebar berita palsu, ditokok tambah pulak dengan macam-macam hal yang kalau di dengar, menakutkan juga. Bukan takutkan ribut tu. Tapi takutkan pada masa depan negara ni bila diisi oleh golongan yang tahap berfikir mereka setakat itu.

"Ribut yang membawa angin 65 km/j akan melanda pantai timur. Semoga kita berjaga-jaga"

Ya Allah dik oi, 65 km/j kalau ko nak kecoh, orang Filipina dengar sah gelak sampai terguling. Ribut petang-petang yang menumbangkan pokok di merata celah negara ni pun dekat 85 km/j yer. 

Kalau kat Filipina, memang la dorang patut takut. Taufan dan Ribut Tropika dorang mencecah 120 km/j. 65 km/j tu, menurut carta angin, hanya akan menggoncang dahan pokok. Nak menerbangkan bumbung zink pun belum tentu. Kecuali ko susun tak berpaku. 

Masalah sungguh bila tak pandai geografi, tapi pandai pulak pakai Twitter.

Riwayat hidup sesuatu taufan adalah seperti berikut Gangguan Tropika - Ribut Tropika - Taufan - Ribut Tropika - Depresi Tropika . Semasa dalam kategori Taufan inilah ia boleh menjadi Taufan Super bergantung kepada kelas mana ia menguat.

Tapi apa yang dinamakan Sonamu ini, telahpun menjadi Depresi Tropika. Tetapi kekalutan anak bangsa kita yang malas nak dihuraikan pengetahuan mereka ini, bagaikan sedang menghadapi Taufan Super!! Mereka tidak dapat membezakan Taufan, Ribut Tropika dan Depresi Tropika. Cukup Kasihan.

Apa yang dikhuatirkan ialah, pada masa ini sedang berlaku Gangguan Tropika di Selatan Filipina. Gangguan ini dikhuatiri akan melahirkan kitaran Taufan yang baru, dengan gerakan pada laluan yang sama dengan Sonamu.

Jika Sonamu melemah saat menghampiri Semenanjung, adakah taufan yang bakal dilahirkan dalam seminggu dua ini akan berjaya sampai ke Semenanjung?



Apa yang aku boleh cakap ialah.. BERLEBIHAN lah korang!


No comments:

Post a Comment