Tuesday, January 8, 2013

Ringgit Naik, Rupiah Turun, Hello Indonesia!

Dulu, dua tahun lepas, nilai tukaran Ringgit ke Rupiah lebih rendah dari hari ini. Menampakkan apakah perlu saya merancang semula percutian dari Thailand ke Indonesia? 

Dulu, dua tahun lepas, RM1200 yang ditukar, cuma dapat Rp 3.2 juta. Sekarang, RM1200 yang ditukar, boleh mendapat Rp 3.8 juta ! Itu perbezaan sebanyak Rp 600,000 !

Apa yang boleh diperolehi dengan Rp 600,000 itu?

1. Penginapan 3 malam di hotel, atau,

2. 12 helai baju, atau,

3. 4 pasang kasut, atau,

4. 7 helai seluar jeans, atau,

5. 5 kali urut badan, haipp, atau,

5. 200 botol Teh Botol !

Wah! Sekarang sedang berlangsung promosi Air Asia ke Jakarta dan Bandung dengan tambang pergi balik RM218. Malangnya, gaji belum sampai lagi. 

Maka sesiapa yang ingin nilai untuk wang anda, pergilah melancong ke Indonesia. Pedulikan ancaman, hadapi tantangan! Majulah Malaysia untuk Indonesia. Tetibe. Hehe.


Iklan ini kalau disedari Air Asia, sila bayar!

No comments:

Post a Comment