Friday, January 4, 2013

10 Pesta Bunga Api Malam Tahun Baru 2013 Terbaik Dunia

Berikut adalah kedudukan 10 pesta bunga api terbaik seluruh dunia yang dikeluarkan oleh blog ini. Hebat tak memberi ranking bagai? Haruslah!

Di tangga ke 10 ialah New York City dengan persembahan bunga api ala kadarnya. Kurang menarik jika dibandingkan dengan duit yang ada pada mereka. Mungkin habis buat membaik pulih kesan Taufan Sandy.

 Di tangga ke 9 pula ialah Moscow yang turut mempersembahkan bunga api ala kadarnya dengan pesona kepelbagaian yang kurang menarik. Mungkin tiada penaja.

Di tempat ke 8 pula ialah Kuala Lumpur, dengan pesta bunga api yang merata-rata tetapi ulasan ini hanya berkait dengan pesta di KLCC. Keteraburan letusan dan ketidakseragaman ketinggian letusan membuatkan pertunjukan di Kuala Lumpur kurang menarik.

Di tempat ke 7 pula ialah Auckland, kota pertama yang merayakan tahun baru. Gabungan warna warni menjadi penarik utama walaupun letusan dan ketinggian letupan kurang seragam dan tidak synchronize dengan apa-apa tema mahupun muzik.

Ditempat ke 6 pula ialah Hong Kong yang mengadakan pesta bunga api yang tidak kurang hebatnya walaupun kebanyakannya terdiri dari bunga api jimat belanja. Namun pembabitan bangunan-bangunan berhampiran dalam pertunjukkan ini menaikkan tarafnya.

Di tempat ke 5 pula ialah Singapura dengan pengkhususan di Marina Bay Sands. Pertunjukan bunga apinya biasa-biasa sahaja namun oleh kerana ia bercorak dua lapisan, satu di tanah dan satu di dek atas bangunan tersebut, ia menjadikan pemandangannya cukup unik.

Di tempat ke 4 ialah Sydney yang mengatur pertunjukkan  tidak kurang hebatnya dengan lima tempat peluncuran bunga api di Sydney Harbour.  Keseragaman letusan dapat dicapai dan ini memberikan pemandangan yang sangat mengasyikkan.

Di tempat ke 3 pula ialah Dubai dengan menjadikan bangunan tertinggi di dunia Burj Khalifa sebagai subjek. Tetapi ia gagal untuk menempa tempat terbaik kerana lihatlah ketidak seragaman percikan apinya dan kacau bilau bunga api dari tanah , langsung tidak memberikan satu pemandangan yang spektakular berentak sekata.

Di tempat ke 2 ialah London yang sentiasa berjaya memainkan bunga api dengan bijak dan cemerlang. Tiada cacat cela pada pertunjukan bunga api di London kerana segalanya mulus, seragam dan ketinggian letusan yang sekata. Mainan bunga api dari Eyes of London turut menambah nilainya.

Tempat pertama jatuh kepada Taipei dengan mainan letusan yang berentak, seragam dan adakalanya dengan sekuens yang menakjubkan  tanpa cacat cela. Taipei 101 menjadi subjek dengan keistimewaan pelantar-pelantar bangunannya, ia berjaya mendapatkan posisi terbaik dan terbanyak untuk letusan-letusan yang mengiringi bangunan. Walaupun London lebih menceriakan, namun keterasingan pelancar bunga api pada bangunan ini yang menghasilkan letusan mengikut perancangan membuatkan Taipei menduduki tempat pertama.

Anda tak percaya? Belek sendiri di Youtube.

No comments:

Post a Comment