Tuesday, January 15, 2013

Presint 5 Menyeramkan ?

Berbagai kisah seram tentang hantu di sekitar Presint 5 aku mula dengar. Kisah hantu di selekoh tepi Sungai Langat bawah flyover, kisah seram anak bukit gondol belakang PICC dan kisah penampakan di kawasan kubur Presint 20.

Eee. Menakutkan (lah sangat). Semua cerita kejadian itu diceritakan oleh orang yang bukan tinggal di Presint 5. Heran.

Aku mula tinggal di Presint 5 pada awal 2010. Perumahan aku dikira satu-satunya perumahan yang ada dalam lingkungan 3 km. Aku antara orang terawal yang menduduki apartment belakang PICC tu.

Tabiat aku yang suka merayau malam ke KL dan pulang pagi tak kira masa sepanjang 2010 dan 2011 belum menemukan aku dengan apa-apa.

Terlalu biasa aku memandu jam 12 tengah malam, 1 pagi, jam 2 pagi, 3 pagi, 4 pagi, 5 pagi 6 pagi, 7 pagi pun ada, balik dari KL membelah jalan yang jika anda tengok depan, tiada kereta dan jika anda jenguk cermin pandang belakang, pun tak ada kereta. Terlalu biasa, sampai aku berkesempatan buat video klip bawah ni :





Tidak seperti hari ni, dalam tahun 2010, apartment 5R4 depan anak bukit gondol belakang PICC tu belum siap. Lampu jalan tak ada. Belok je, apa yang anda nampak ialah garis jalan.

Jalan beberapa ratus meter dari rumah aku itu lah yang paling menyeramkan sepanjang jarak 38km dari KL. Tapi, tak ada apa-apa pun.

Sampai terkadang aku terfikir, mungkin malam ni aku ade peluang nampak hantu. Sebaik belok, hati terdetik, muncul lah kau hantu. Tapi, non-ado.

Berkait selekoh tepi Sungai Langat tu kononnya tempat banyak berlaku eksiden, maka disebut berhantu, perlu diberitahu bahawa di selekoh itu terdapat culvert yang mengalirkan sungai dari Empangan Putrajaya ke Sungai Langat YANG TELAH MENDAP sejak dulu lagi, melintang di tengah jalan. Kalau lalu kawasan tersebut, perlahankanlah kenderaan anda. 

Memang laluan tu orang suka bawak laju. Aku pun selalu bawak 130 - 140 kat situ. Tapi bila sampai selekoh tu, kalau nak merasa melambung ke jalan bertentangan, kekalkan lah kelajuan tu.

Berkait kisah penampakan di perkuburan Presint 20 pun hanyalah rekayasa semata-mata. Aku berpuluh kali start motor untuk beli nasi kat mamak di Dengkil tengah-tengah malam dan tak ada apa-apa pun.

Kini aku dah 2 tahun tinggal sendirian di tingkat teratas sekali di blok aku. Masih, dunia manusia bagi aku dan dunia jin bagi mereka, dibatasi hijab yang kuat. Sehinggakan keberadaan mereka tidak aku pedulikan lagi atas dasar, "KAU TENTU BANYAK URUSAN DUNIA KAU, SEPERTI MANA AKU BANYAK URUSAN NGAN DUNIA AKU, MAKA SILA URUSKAN URUSAN MASING-MASING."

No comments:

Post a Comment