Thursday, January 17, 2013

Adoyai! @paktam2u Ke Buletin Utama Gara-gara Patrick Teoh

Kebiadaban personaliti TV yang diketahui penyokong tegar pembangkang, Patrick Teoh, semalam menggerakkan jari-jemari aku untuk menaip kecaman demi kecaman kepadanya di Twitter dan begitu juga oleh umat-umat Islam lain di negara ini.

Hasilnya menjelang 11 pagi, Patrick Teoh menjadi trending dan dia bersegera meminta maaf di Twitter pada jam 12 lebih tengahari.

Ayat kontroversinya yang diawali dengan singgungan ke atas peraturan persembahan beretika Tahun Baru Cina yang dikeluarkan oleh kerajaan PAS Kedah kemudian melalut sehingga menyentuh sembahyang 5 kali sehari dan pemakaian tudung dan paling melampau, menghina al-Quran dengan menyebut "Quran-thumping mother fucker" yang bermaksud "pukimak hempokan Quran". Nauzubillah.

Malamnya, ketika aku sedang streaming siaran Trans7 menantikan rancangan Opera Van Java, kicauan di Twitter dari seorang rakan memberitahu yang tweet aku masuk Buletin Utama. Adoyai. Sampai ke situ lah pulak.

Mungkin kerana aku menempelak Patrick Teoh ketika dia memohon maaf lalu dia membalas. 

Tapi, ini kali kedua Twitter aku dan televisyen bersatu. Sebelum ni soalan aku melalui Twitter ke Bicara Rakyat TV1 di baca secara langsung namun sang panel menjawabnya dengan melalut entah ke mana. 

Biarlah tweet kita sikit, follower kita sikit, asalkan ada lah gunanya ke sasaran.  Daripada tweet beratus ribu, follower beratus ribu, tapi non-ado kesannya ke atas mana-mana sasaran. Wahhh. Carutan sangat.

 Ini yang tersasar ke Buletin Utama


Ini kenyataan biadapnya paling mula.



No comments:

Post a Comment